Sambungan Dia Di Hati
"Ya. Saya. Ni siapa?", laju Im menekan butang berwarna hijau selepas melihat nombor yang tak dikenali tertera di skrin telefonnya. Suaranya mendatar saja kerana tidak mengenali orang di hujung talian.
"Nama saya Micheal", jawab orang dalam talian. "La..kenapa you tak bagi tahu you nak call? Buat I terkejut je tau.", Im terus melembutkan suaranya. Micheal memang pandai membuat dirinya gembira dan terasa bahagia sorang-sorang biarpun dalam hatinya penuh dengan luka yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tawa Im membuatkan Micheal rindu untuk menatap muka gadis itu. Mereka terus bercerita tentang perkembangan diri masing-masing.
"Mic, you tak nak tidur ke? I rasa dah nak terlelap dah ni", Im melihat jam di tepi meja study nya. Jam menunjukkan hampir pukul 4 pagi. Dicongak-congak, hampir 4 jam mereka berbual! Walhal esok kelas jam 8 pagi. 'Ah, masak aku kang kalau esok lewat bangkit!', bebel Im dalam diam. "I nak tidur kalau you ada sini temankan I tidur.", selamba Micheal mengucapkan kata-kata itu. Im yang tadinya rasa mahu terlelap terus terbeliak biji mata. "Micheal!! Jangan! Dah malam ni. Bahaya tau!" balas Im sambil ketawa kerana ingin menutup gugup dirinya sebentar tadi yang terkejut dengan ayat yang diluahkan Micheal. Micheal ketawa kerana dia tahu sunbae nya itu tidak suka diperlakukan sebegitu. Cepat-cepat dia meminta maaf dan mengucapkan selamat malam kepada Im. Sedangkan dalam hati, sememangnya dia ingin Im menemaninya sepanjang hidupnya. Selagi dia bernafas di atas dunia ini ingin hatinya memiliki gadis lincah itu. Namun, apakah daya. Mereka punya perbezaan.
*********************************************
Im menguap bagai singa kelaparan. Nguapan itu sememangnya membuktikan dirinya sedang dalam keadaan yang separa tidak cukup bekalan oksigen. Mengantuk kerana melayan panggilan Micheal. 'Huh, nyesal plak la aku layan mamat tu malam tadi. Tak pasal je sekarang ni otak biol!' dengus Im sendiri. Seharusnya pelajar seperti Im mempunyai tidur yang cukup bagi melancarkan proses penerimaan maklumat atau pelajaran yang lebih sempurna. Jika tidur kurang daripada 6 jam sehari, otak akan mengalami gangguan.
Langkah dilajukan menuju ke kiosk di fakulti kejuruteraan. Perutnya sudah membuat persembahan okestra yang sangat hebat hingga menggangu fokus dirinya yang ingin ke kelas yang seterusnya. Terus dicapai 2 bungkus roti dan 1 kotak susu coklat kegemarannya. Perutnya kini wajib diisi dengan makanan. Jika tidak, ada yang berlagu hebat dalam kelas Bahasa Melayu nanti. Im membayar total makanan tadi dan terus tinggalkan kiosk.
Im berlari anak-anak kerana takut terlewat masuk ke kelas. Sambil berlari, dia selamba makan roti yang dibeli tadi. Dia tidak peduli mata yang memandang perlakuan dirinya yang dikategorikan sebagai tidak senonoh tu. Sampai di perpustakaan, terus Im membuat 'touch&go' di laluan masuk utama. Perpustakaan tempat Im belajar menggunakan teknologi yang canggih. Jika pelajar hendak masuk ke perpustakaan, mereka wajib membawa kad pelajar dan sentuhkan kad di laluan masuk utama. Jika pelajar tidak membawa kad pelajar semasa ingin masuk ke perpustakaan dengan berbesar hati pihak perpustakaan akan mengeluarkan saman kepada pelajar.
*********************************************
"Kalau ye pun nak cepat sampai ke kelas, janganlah sampai sedekahkan baki duit tu kat kiosk", Johan membebel. Im tersentak kerana Johan tidak pernah menegurnya biarpun mereka ada banyak kelas bersama. Im mendongak dan merenung ke muka Johan. Pelik. 'Mamat ni dah kenapa plak tetiba nak jadi burung tercabut ekor?' Im mengeluh sendirian. Seingatnya dia meletakkan jumlah wang yang cukup-cukup saja tadi. Im memaniskan mukanya dengan memberikan senyuman untuk Johan. Johan terpaku seketika. Tidak pernah dia melihat Im senyum. Selama ini dia melihat Im sebagai seorang yang memang tak reti senyum, muka ketat! Im mengambil baki duitnya dan berlalu pergi. Pabila Johan sedar daripada lamunannya, Im sudah lesap. Hilang dibawa angin yang lalu semasa Johan mengelamun sendirian.
"Kau ni kenapa pula Im?", Yana menegurnya kerana melihat rakan baiknya itu termenung. "Taka da apa. Aku pelik tengok Johan tadi. Tak pernah bertegur sapa tetiba datang bagi duit baki aku nak membebelbagai. Pelik je rasa hati ni." jawab Im sambil membelek telefon bimbitnya. "Relax la. Dia nak kau beringat, lepas ni jangan baik hati sangat sedekah duit merata-rata." dengan selamba Yana mengeluarkan ayat itu tanpa ada syak wasangka yang bukan-bukan terhadap Johan.
Sudu yang berisi nasi itu pantas dimasukkan ke dalam mulut tetapi tekaknya terasa kembang. Hilang nafsu makan yang ada. Yana pelik dengan perangai Im petang itu. Im lebih banyak mendiamkan diri. Mungkin ada sesuatu yang melanda temannya itu. "Kau kenapa ni? Dari tadi aku tengok kau diam je. Ada masalah ke?", Im terharu dengan sikap perihatin Yana. Sahabatnya itu memang mengerti gelora jiwanya "Aku ok je. Penat nak bercakap. So, lebih baik diam. Hehe..", Im jawab dengan ketawa yang dibuat-buat. Ketawa itu tak mampu menyedapkan hati Yana. Yana tahu ada sesuatu yang 'menyerang' rakannya tetapi dia memilih untuk diam. Dia tak suka memaksa Im menceritakan masalahnya. Im akan buka mulut sendiri kalau dia sudah bersedia nak cerita semuanya.
Sahabat yang dikenali lebih 5 tahun itu punya masalah keluarga tetapi Yana kagun dengan Im kerana Im tidak menjadikan alasan itu sebagai satu asbab dirinya untuk menjadi liar seperti remaja yang lain yang hilang pedoman pabila keluarga ditimpa masalah. Mungkin kerana Im adalah anak sulung yang punya tanggungjawab yang besar lantaran itu dia sangat positif dengan masalah yang dihadapinya. Yana melepaskan nafas yang berat itu. Dia bersimpati kepada Im.
Im merenung muka Yana, tafsiran itu sungguh mudah untuk dia mengerti maksud yang ada disebalik wajah manis yang kini mengerut. Im hanya biarkan perasaan itu berlalu. Persetankan saja semua itu. Im penat melayari hidup realitinya. Entah bila hidup realitinya menjadi seperti cerita dongeng yang sering diceritakan kepadanya suatu masa dulu. 'Astagfirullah hal'azimi', cepat-cepat Im beristigfar selepas menyedari dia tidak bersyukur dengan ujian yang dihadapinya.
Wajah Johan mula menapak dalam fikiran Im. Im merasakan sesuatu yang pelik dengan mamat tu. Selama ni Im suka mengusha Johan tetapi tidak pernah dia memberitahu kepada sesiapa walaupun kepada Yana. Kejadian pagi tadi sebenarnnya membuatkan Im gembira sendiri. Bagai bulan jatuh ke riba rasa hatinya.
"Senyum tu kalau tak sampai ke telinga memang tak boleh ek?", teguran Yana mematikan lamunan Im. "Kau ni..Yana! Potong stim betul la. Baru je nak berangan", geram Im pabila lamunannya terhenti dek Yana. "Bukan tak boleh. Boleh. Cuma tu!!", Yana menjuihkan bibir monggelnya ke arah kertas saiz A3 dihadapan Im. "Kau tak siapkan lagi kerja tu, sila jangan nak berangan sangat la kan", sambung Yana. Subjek Lukisan Kejuruteraan adalah subjek kegemaran Im. Baginya mudah je nak melukis tu. Otaknya sangat berdimensi! Oleh yang demikian, dia boleh membayangkan sesuatu dengan lebih sempurna berbanding mereka yang tiada kelebihan itu. "Yela. Yela. Aku nak siapkanlah ni. Takat lukisan ni je pun takkan la tak boleh nak berangan langsung kak Yana oi..", bebel Im kepada Yana. Bukan Yana tak tahu minat Im. Saja Yana tak ingin memberi peluang rakannya mencipta kegembiraan yang bukan realiti. Dia tak mahu Im berduka dan kecewa lebih mendalam.
Im memegang mug yang berisi Milo. Bila buat kerja malam-malam, tabiatnya memang suka makan atau minum. Kalau tidak, nafsunya untuk buat kerja terbantut dan dia akan tidur dengan senang hatinya walaupun kerja tak siap. Milo yang kian sejuk itu dihirupnya sambil mata dipejamkan. Bayangan lelaki yang dirinduinya menerpa ruangan kosong yang gelap itu. Ah, hatinya sudah rindu pada si dia! Im membuka mata dan mengharapkan keajaiban berlaku. Hatinya berdoa, agar si dia juga begitu.
Lagu Hideaway nyanyian Wanting Qu membuat Im mencari telefon bimbitnya. 'Siapalah yang mesej aku malam-malam ni.'. Selalunya Maxis yang rajin menghantar mesej. Dicapai telefon di balik bantal kesayangannya. Im menahan nafas di hati kerana berharap si dia mengerti hatinya.
Jawapan Iz sering membuatkan Im penat untuk meneka hati Iz untuk siapa sebenarnya. Keluhan dilepaskan. Im malas melayan hatinya. Penat. Lalu dia melemparkan Nokia 6600 ke katil. 'Biarlah Iz tu', bisik hatinya. Beberapa ketika kemudian, Iz membuat panggilan. Im biarkan saja pangilan itu tidak berjawab. Sekali lagi Iz menelefonnya, kali ni Im menekan butang hijau dan meletakkan Nokia 6600itu di telinganya. Sambil berbaring dia memejamkan mata. Sapaan Iz membuatkan hati Im sebak. Dia rindu dengan pemilik suara itu tapi apakah daya, cintanya tidak berbalas. Iz melayannya seperti mereka sepasang kekasih tapi dalam masa yang sama Iz sering mengecewakannya.
Kata-kata yang diucapkan Iz bagaikan masuk telinga kanan keluar teinga kiri. Im perlahan-lahan terpejam dan tertidur. Dia penat dengan Iz. Iz berbual sorang-sorang tanpa menyedari Im sudah dibuai mimpi.
Im terus terpaku. 'Micheal ni macam-macam lah', pening Im memikirkan perangai Micheal seminggu dua ni. Lain macam benar layanannya. Kalah layanan yang diberikan oleh Iz kepadanya. Walaupun ramai lelaki yang melayan Im dengan baik, hatinya tetap untuk Iz. Im tidak mampu menganggap mereka lebih daripada kawan. Mungkin kerana Iz adalah cinta pertama hatinya.
Seperti yang dijanjikan, jam 1 petang adalah waktu untuk 'berdating' dengan Micheal. Im mengenakan kemeja berwarna biru dan jeans skinny hitamnya. Boot paras buku lali menjadi pilihan untuk dipakai bersama. Tudung bermotifkan bunga kecil berwarna biru laut itu sangat padan dengan baju kemeja yang dipakai Im. Penampilannya sentiasa bergaya. Dibawa bersama beg sling nya yang berwarna putih. 'Mutu Gaya Keunggulan' bisik hati Im setelah berpuas hati dengan penampilannya.
"You kat mana ni? I tak tahu jalan rumah you", Micheal pening selepas beberepa kali pusing di kawasan rumah sewa Im. "Haha.. You tak jumpa ke? You kat mana ni?", kesian Micheal kerana bersusah payah ingin mengambilnya semata kerana ingin keluar makan bersama. "I ada kat Petronas depan taman rumah you, dear.", Micheal memberhentikan keretanya di bahu jalan. "Erk..Mic, don't call me like that la. I tak nak keluar kang dengan you..", Im kurang senang dengan panggilan dear itu. Terus Micheal ketawa dengan reaksi Im. "Tak apa lah. You tunggu situ, I datang sana, ok?", cepat-cepat Im memutuskan talian.
"Keluar ek?", laung Yana daripada tingkat atas. "Yup!", jerit Im. Dia masuk ke rumah untuk mengambil kunci keretanya. "Dengan siapa?", Yana sudah ada di depan pintu. "Pakwe cina I la! Siapa lagi..", Im jawab dengan selamba. "Ha..yelah tu. Jaga diri elok-elok tau! Kau tu anak dara orang.", nasihat Yana sebelum melihat Im beredar pergi.
Im keluar daripada perut kereta dengan pantas menekan butang 'lock'. Dicarinya kereta Micheal tapi tak jumpa. 'Haih..mana la jantan ni.', soal Im. "Ehem..", tegur Micheal. "Opsss!!", tak semena tangan Im laju menumbuk dada Micheal. "Aduh! You ni leng lui... Aiyaaaa..", Micheal terjerit sakit dek tumbukan padu Im. Im menggelabah. "Yang you terjah I macam tu kenapa? Padan muka!", Im geram kerana diperlaku sebegitu. Memang dia tak mampu mengawal tindakan itu. Terbit rasa simpati terhadap Micheal.
Im menggosok dada Micheal. "Mana kereta you?", tanya Im kerana dia menyedari tiada Harrier di kawasan itu. "I tak bawa kereta tu. I bawa kereta kuda hari ni", dalam sakit, Micheal masih sempat bergurau dengan Im. Im memberikan jelingan maut. Terus Micheal memujuk Im untuk bersabar. "Betullah. Hari ni I bawa kereta yang ini sebab nak keluar date dengan adik cantik ni. Tak sesuailah Harrier tu. Macam tua sangat.", kata-kata Micheal disambut dengan gelak tawa Im. Pandai Micheal melembutkan jiwa keras Im. Kereta Ferrari F430 berwarna merah yang ada di depan mata Im menjadikan Im teruja kerana sepanjang hidupnya, dia hanya mampu melihat dari jauh saja kereta jenama kesukaannya. Tidak sangka dia akan menaiki kereta itu. Im mengalihkan pandangan ke Micheal sambil meluahkan rasa tak percaya. Micheal ketawa dengan reaksi Im. Lalu Micheal membukakan pintu untuk Im masuk ke dalam kereta. Im masih lagi tergamam. Perasaan ketidakpercayaan itu terlalu sukar untuk dihakis. Micheal hanya menggelengkan kepala melihat telatah Im.
Kereta Ferrari merah yang mereka naiki diparkir di tempat letak kereta yang berbumbung. Kini mereka berada di The Garden bersebelahan dengan Mid Valley. Kaki dilangkah bersama seiringan menuju ke tempat makan. Im memilih untuk makan di Sushi King. Micheal layankan saja. Sedang mereka berjalan, tiba-tiba seorang perempuan terlanggar bahu Im. Dengan selamba perempuan itu memarahi Im. Im mengangkat muka dan melihat perempuan yang melanggarnya, di sebelahnya berdiri seorang lelaki yang sangat Im kenal. "Sayang, dia langgar I", ngadu perempuan itu kepada teman lelakinya. 'Gedik betul perempuan tu. Padahal minah senget tu yang langgar aku, aku pulak yang salah. Biol punya perempuan!', jerit batin Im. Micheal yang melihat keadaan tegang itu terus memohon maaf kepada pasangan tadi dan menarik lengan Im berlalu pergi.
Hati Im berdegup kencang. Dia tahu lelaki itu pun mengenalinya. Lelaki itu adalah......
Bersambung...

Azan subuh berkumandang sayu. Im terjaga daripada tidur lalu dia bangkit untuk mendekatkan diri kepada Yang Esa. Air pagi membuatkan Im menggigil kesejukan. Seusai solat, dia berdoa memohon keampunan kerana sentiasa terleka dengan nikmat yang diperoleh. Dimohon juga, jika benar jodohnya bersama Iz, dekatkanlah hati mereka berdua. Jika tidak, hilangkanlah dan buangkanlah rasa sayangnya terhadap lelaki itu.
Hari Sabtu adalah hari yang dinantikan Im kerana otak dan badannya boleh berehat sebentar daripada mengadap assignment yang melambak dan menyemakkan matanya. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Samsung Note milik Im berbunyi tanda ada mesej yang diterima.
Im terus terpaku. 'Micheal ni macam-macam lah', pening Im memikirkan perangai Micheal seminggu dua ni. Lain macam benar layanannya. Kalah layanan yang diberikan oleh Iz kepadanya. Walaupun ramai lelaki yang melayan Im dengan baik, hatinya tetap untuk Iz. Im tidak mampu menganggap mereka lebih daripada kawan. Mungkin kerana Iz adalah cinta pertama hatinya.
Cinta itu bagaikan racun dalam badan.
Ada masanya bisanya perit untuk ditanggung
- penulis