Pages

Thursday, January 08, 2015

MAKEUP : LIGHT AND EASY

Assalamualaikum

Hello peeps! So, malam ni dapat lagi satu job. Heh.. member nak g date, saja nak try my touch for her face. Then, terhasil lah... Tadaaa...


No filter tau. Ni hasil dari camera phone dia. :D

Alhamdulillah. Rezeki. Hehe.. So, rasa-rasa nak try test error, makeup yang nampak agak heavy, but ringan di kulit muka, meh roger kita. *Gombak area*

Nak tengok hasil makeup yg lain? Kalau ada intagram boleh find, #makeupbytim_sn

Arigatooo... :D







All the best and Good Luck!

Wednesday, January 07, 2015

MAKEUP : PERSONAL CLASS 3rd JANUARY 2015

Assalamualaikum


Sesampai di rumah customer, terus kita bersalaman dan bercium pipi. Heh.. aku dah terikut cara Kak Mia (kenal masa buka booth semester lepas). Walaupun tak pernah kenal, Kak Mia hari-hari lepas salam akan peluk cium. Katanya nak bagi mesra gitu and yes! It's true! So, aku pun buat la kat customer, Ily. Mungkin la kot dia akan rasa pelik tapi for me, I don't care! Haha.

Lepas masuk rumah dia, kita pun duduk kejap. Dia baru balik dari opis. Mohon nak solat kejap. So, kita let her takes her time. Nak belajar, tak boleh rushing. Nanti tak best. Sementara menunggu, kita pun kemas la barang-barang..yang nak guna.

Ok. Majlis dibuka dengan alfatihah. Aku dalam hati rasa "Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya. Amin", pastu  kita pun start la. Kita tunjuk, apa yg perlu dibuat sebelum makeup. Nak pakai apa sebelum makeup. Pemilihan foundation macam mana. Sesuai or tak dengan kulit and so on.

Selepas berperang dengan barang makeup.. terjadilah hasil di bawah..


Natural makeup by Ily sendiri. 
Aku tolong yg mana perlu sambil makeup muka model

Kiri : makeup done by me
Kanan : By Ily
Walaupun first time makeup sendiri, hasil tangan Ily tetap cantik kan?
Ni gambar selfie Ily sendiri. Hehe

Before and after makeup
*cahaya agak bright, so warna makeup tak berapa nampak dalam gambar.

 Komen : Kulit Ily bersih, senang untuk makeup. Masalah kulit, hanya tone kulit tak sekata and eyebag but no worry! Makeup kan hadooo..

Modelnya pulak mana? Haaaaa...

Case of brightness.
So, ni je mampu nak tunjuk. 
Kitorang sampai selak-selak langsir semata nak cari pencahayaan yg baik tau. 
Hahaha.. 


Gambar bawah ni gambar lepas kitorang dah sampai bilik. Few hours after makeup. If not mistaken siap makeup kan Kak Fatim ni before kul 6 gitu, so bawah ni selepas minyak muka sebati dengan makeup. Nampak glow kauu! Haha. Balik-balik, tukar tudung, pastu selfie sorang-sorang.




After and before makeup :D


Alhamdulillah, settle kelas hari tu dekat kul 8 malam. Start jam 3 petang. Sampai kul 8 bukan makeup semata. Siap makan minum, solat asar and magrib. Haha..

Aku paling suka dengar komen orang yg di makeup kan.

Ily : Puas hati. Kalau tahu, Ily cari Tim masa nak kahwin dulu *err*

Kak Fatim : Rasa tak nak cuci makeup ni. Nak tidur sekali dengan makeup. *over tau Kak Fatim ni!*


So, aku pun rasa puas hati bila customer kita puas hati. :D Lepas tu tunggu cik abang ambik. Dalam kereta baru teringat, majlis tak tutup! Hehe. Den mintak dorang tolong tutup.

To Ily, thanks eh sebab bagi tim peluang untuk ajar. InsyaAllah, suggestion Ily untuk tim ambek servis untuk sanding, nikah tu, akan dipertimbangkan. I'm still a newbie. :) Tapi thanks! Semangat yg best untuk Tim.













All the best and Good Luck!

Monday, January 05, 2015

MAKEUP : PERSONAL CLASS 1st JANUARY 2015

Assalamualaikum

Hye peeps!

Ok. Masa tahun baru hari tu, aku dapat whatsapp daripada member satu skuad.

Hehe.. tengah main game tiba-tiba dapat mesej macam ni, memang aku ketawa gak.
Makeup jadi pondan. Pelik. Seriously, mmg kadang-kadang, situation ni happened. Cuma, tak la selalu. Ada la tu silap mana-mana kalau perempuan original tetiba makeup jadi pondan. Hehe

Lepas sesi mesej panjang berjela, dia minta tolong ajar makeup. Aku pun ok je. Walaupun esok tu ada paper, aku layankan je. Plus, memang aku punya passion kan? He..

Kemas barang-barang..lepas tu kita pun bergerak la ke dia. Dalam kul 4 petang gitu, kita start. Macam-macam benda lawak happened masa tu, sebab member lain pun ada sekali, tengok aku makeup and nak tengok hasilnya macam mana. Siap disakat member yg aku tengah makeupkan tu. Diorang nak tengok, celah mana pondan tu timbul lepas makeup. Haha.


Lepas siap makeup, dia pun tengok cermin.. "Arghhh... rasa tak percaya. Macam bukan muka sendiri. " Aku pelik gak. Ada kawan laki aku pernah cakap, aku makeup muka jadi macam barbie doll, aku rasa... " yerrrkkk??? barbie doll????? Perli ke apa? " Lepas tu aku tanya, kenapa? Tak ok ke. Dalam hati aku dah risau gila. Takut dia tak puas hati ke apa. Member lain semua cakap ok je. Cun! Tak macam pondan pun. Haha..

Hasil? Nahhh..











Before and after makeup





Haaa...ok x? 

Well, mujur member ni puas hati. Siap cakap nak tempah aku buat tunang nanti. Aku, insyaAllah je. Kalau rezeki aku, ada lah aku kat situ nanti makeupkan dia. Hehe.

Kalau korang pun rasa nak try sentuhan tangan aku yg tak seberapa ni, boleh la contact kat komen or email. *perasan je aku ni..macam ada je orang nak* haha










All the best and Good Luck!

Bank