Pages

Thursday, January 10, 2013

Cerpen :: Dia di hati

Assalamualaikum

Sambungan Kisah Kita


Cinta itu tidak selalunya indah dan penghujungnya adalah gembira.
Tidak semestinya - penulis cerpen
Source gambar : web

           "Dah, jangan nangis lagi. Jom ikut akak", ujar Im seraya menarik Azwa ke dalam pelukannya. Azwa menangis sepuas hatinya. Mereka baru sahaja keluar daripada mahkamah syariah, menyaksikan penceraian antara ibu dan bapa Azwa. Bapa Azwa adalah abang kepada mama Im. Im memahami perasaan Azwa walaupun ibubapa Im tidaklah bercerai, namun hakikatnya mamanya bagai digantung tidak bertali dan Im takkan lupa apa yang papanya telah lakukan terhadap mama dan adik-adiknya.

          "Lepas ni, kalau Wawa ada apa-apa nak cerita ke, ada apa-apa masalah ke, bagitahu akak. InsyaAllah mana yang mampu, akak tolong. Pasal benda ni, Wawa jangan fikir sangat. Biarkan. Ni masalah between your parents. Wawa doakan yang terbaik buat mereka dan Wawa jangan berdendam dengan siapa-siapa. Teruskan belajar", kata Im kepada adik sepupunya yang berusia sembilan belas tahun itu. Azwa hanya mampu mengangguk sambil menyeka air mata yang mengalir di pipi.Kata-kata yang diluahkan itu sebenarnya kata-kata mama masa berlakunya 'pergolakan' dalam hubungan mama dan papa. Mama sentiasa mengingatkan Im agar tidak menjadi anak yang kurang diajar dan sentiasa menghormati orang tua. Biarpun payah, Im tetap mencuba demi menjaga hubungannya dengan mama dan papa.

          Selepas menghantar Azwa pulang ke kediamannya, Kolej Anggerik, di UITM Shah Alam, Im terus memecut pulang ke rumah sewanya di Gombak. Fikirannya kini kembali serabut setelah melihat dua panggilan yang tidak berjawab daripada Iz. Hatinya berdebar-debar. Ingin sungguh hatinya membuat panggilan balas, tetapi akalnya sudah memberi arahan 'JANGAN' kerana tak ingin hatinya yang terluka sebulan lalu kembali berdarah. 'Aku rindu kau la bodoh!!', jerit batin Im sambil memberi signal untuk menukar laluan. Pesona berwarna biru itu memecut dengan laju.


***********************************************

           Brek ditekan sekuat hati. 'Ah..sudah! Nasib baik tak teruk terlanggar kereta depan.', bisik hati Im. Dia membuka pintu dengan perasaan yang cuak dan keluar daripada keretanya untuk memohon maaf kepada pemilik kereta Harrier di hadapannya. Dalam waktu yang sama Im nak juga tengok kalau-kalau baby biru nya itu ada apa-apa 'kesan kecederaan'.
           "Aiya..leng lui aa..next time drive itu keleta baik-baik oo.. Sini bukan tempat lace keleta lo", bebelan mamat Cina yang memandu Harrier tadi membuatkan hati Im bengkak.
           "Eh, leng chai aa...apasal you bawa you punya keleta sangat lambat ha? Itu Harrier kalau bawa slow-slow aa..better you bawa kancil saja maa.. ", balas Im dengan intonasi yang agak tinggi dengan dialek cinanya yang dibuat-buat.Mereka saling memerli, akhirnya mereka ketawa. Lelaki bangsa cina itu adalah kawan bekas tempat kerja Im. Im bekerja sambilan di sebuah kedai buku semasa cuti semester lepas. Ong Bak Hwa atau lebih dikenali dengan nama inggerisnya, Micheal. Sekian lama tak bertemu, lalu Micheal mengajak Im makan tengah hari di Old Town White Coffee Wangsa Maju memandangkan mereka sudah berada di kawasan itu. Bangai orang mengantuk disorongkan bantal, sememangnya Im sedang kelaparan. Sejak pagi dia belum menjamah sesuap makanan . Terus Im mengangguk setuju.

            Sesampai di Old Town White Coffee, Im terus memesan roti bakar double, roti kegemarannya. Micheal hanya tersengih melihat 'sunbae'nya itu. Micheal memang suka melihat Im kerana perwatakannya membuatkan orang di sekelilingnya gembira. Im tak suka menyusahkan orang lain dalam masa yang sama dia nak semua orang gembira. Itu yang Micheal syok sangat kat Im tapi menjadi halangan apabila agamanya tidak sama dengan agama yang dianuti Im.

           Lamunan Micheal terhenti setelah Im baling pensil ke muka Micheal. "You kenapa ni? Sengih-sengih. You tengah mengelamun ek? ", tegur Im sebaik melihat Micheal kembali ke dunia nyata. "Tak ada apa la. Wo ai ni", balas Micheal sambil ketawa. Im membalas sambil ketawa, "Shi ma (betul ke)? Ni ai wo ma(You sayang saya)? Walaweyh!!! Micheal, you gila ke? Nanti makwe you serang I macam mana? ". "I mana ada makwe la", jawapan Micheal membuatkan Im mengecilkan mata. Dalam hati Im berbisik, 'ye ye je mamat ni tak ada makwe. Nak kata miskin, anak orang kaya. Muka handsome, takkan tak ada yang nak? Rugi betul la leng lui yang tak tahu hargai mamat depan aku ni. Haha..'

           Micheal mengecilkan matanya juga, mata yang sudah sepet itu bertambah sepet dan hampir-hampir terpejam. 'Comel!', jerit Im dalam hati. "Eh, you ni plak kenapa?", tanya Im kerana kurang senang dengan perlakuan Micheal. "Kenapa? Mesti dalam hati you tadi kata I cute kan?", kata-kata yang keluar daripada mulut Micheal membuatkan Im terbatuk-batuk. "Dah. Dah. You buat order nak makan apa. Eh, ni everything is on you kan?", tanya Im lagi. Micheal hanya mengangguk sambil melemparkan senyuman yang menggoda. Im terus bukam. Rasa Im hatinya boleh cair kalau Micheal bukan menganut agama Kristian. Keluh Im dalam diam.

           Makanan yang ditempah mereka tadi telah siap dihidang di atas meja. Im dengan lajunya memasukkan roti bakar kegemarannya ke dalam mulut. "Urmmmm...Fantastic!! Do you want some?" Im menghulurkan koyakan roti ke muka Micheal sambil mengunyah. Anak siapalah yang 'sopan' sangat ni. Huluran itu disambut baik oleh Micheal tetapi respon itu membuatkan Im berhenti mengunyah dan menangis. Micheal gigit jarinya dengan sengaja. Ditelan roti itu dengan payah. Air mata mengalir tanpa diduga. Micheal terus beralih tempat dan memujuk Im dengan memeluk bahu perempuan itu. Tak semena-mena air mata yang mengalir tadi terus berhenti. Tanpa amaran, Im menolak Micheal sekuat hati. Padah belajar seni mempertahankan diri, Im tak reti nak mengawal tenaganya apatah lagi secara tiba-tiba Micheal memeluk bahunya. Micheal terjatuh daripada kerusi Im dan semua pelanggan di Old Town White Coffee memandang dengan penuh hairan. Ada yang ketawa, kelakar mungkin.

          Micheal ketawa berdekah-dekah. Im kaget. Terus dia membantu Micheal untuk bangun. Sambil membantu Micheal bangun, Im membebel kenapa Micheal buat macam tu macam ni. Micheal hanya tersenyum mendengar bibir kecil itu menyerangnya. Selepas itu, mereka meneruskan suapan sampai semua makanan tadi habis. Berbunga hati Im kerana Micheal melayannya seperti dirinya adalah kekasih hati Micheal tanpa dia tahu Micheal sememangnya menyintai dia. Seusai makan, mereka berpisah kerana Micheal ada urusan lain. Perpisahan mereka diakhiri dengan pertukaran nombor telefon bimbit.

 ***********************************************

          Fikiran Im semakin bercelaru. Celaru memikirkan mengapa dan kenapa Iz menelefonnya. Ada apa-apa hal yang penting ke? Bukan mamat tu dah 'kick me out' daripada hidupnya ke? Kenapa dia telefon? Im mundar mandir dalam biliknya mencari jawapan. Sekejap dia baring. Sekejap dia melompat-lompat demi menghilangkan rasa tak sedap hatinya itu. Sekejap lagi dia berguling-guling atas lantai. Kalau Im dirundung masalah, sememangnya aksi yang dilakukan adakala seperti kanak-kanak yang belum matang. Walhal umurnya sudah mahu mencecah 21 tahun! Perangai nauzubillah, penat mama dan adik-beradik yang lain melayannya. 

          Dibelek telefon yang berada di tangan. Ditenung nombor yang tertera di skrin telefon. Perlu atau tidak dia membuat panggilan? Im mencampakkan telefon di tangan ke atas bantal. Dia mengambil kertas lalu  duduk di kerusi dan dikoyaknya kertas tadi sambil mulutnya terkumat kamit bagai membaca jampi serapah. "Perlu, tak perlu, perlu, tak perlu....." itu saja perkataan yang terkeluar daripada mulutnya. Mengharapkan jawapan yang bakal diperoleh sama dengan jawapan yang diberikan hatinya. Habis bersepah meja belajarnya dengan koyakan kertas. 

        Lagu Hati yang disakiti nyanyian Kriss Dayanti menyedarkan Im telefonnya berdering. Dia lihat nama pemanggil di skrin dan hatinya terus berdegup kencang. Ingin dijawab atau tidak? Perlu ke? Tanya Im sendiri. 



Bersambung...   

*sunbae - junior dalam bahasa Korea.

All the best and Good Luck!

1 comment:

  1. Kongsi dgn saya entry azam tahun baru klu ada :) http://masturarama2.blogspot.com/2013/01/azam-terbaru-yang-paling-bijak-pernah.html

    ReplyDelete

Come and visit me again =)
..Arigato gozaimashita..

Bank