Pages

Tuesday, June 02, 2015

Wanita & Kereta

Assalamualaikum

Hai olls!! Hari ni aku nak share pasal tajuk di atas. Wanita & Kereta. Well, benda ni common sangat orang bualkan. Sebab apa? Sebabnya... Let's check it out! Walaupun tak semua perempuan macam ni ye. ;)




1. Tahu pakai tapi tak tahu jaga

Pergh! Menusuk sangat dalam hati. Tahu pakai tapi tak tahu jaga. Macam mana tu ye? Ok. Ni aku cerita from my perspective. Most of my friends, drive kereta, have their own car, tapi bila part service, tak reti. Tak paham. Walhal dah tampal dah kat cermin belah atas tu, sekian sekian meter, sila servis. Tapi dia boleh buat tak tahu je. Sampai satu tahap, kereta rosak. Waktu tu gelabah. Bila parents marah, cakap tak tahu. Yes. You don't know at first, but once you have the car, please be alert with everything yang ada kat kereta tu. Tukar minyak hitam ni sangat penting buat kereta. If not, your car might be in trouble. Please erase dalam otak, phrase "kerja jaga kereta tu kerja lelaki" since kau pun guna kereta, so you should know about it. At least bab yang basic macam isi minyak, tukar minyak hitam, isi air battery, check minyak hitam, cuci kereta, pam angin tayar dan tukar tayar.

Tips :  Pam angin tayar

  • Setiap kereta menggunakan tayar yang berlainan, so korang boleh check dulu kat pintu belah kanan (driver) tu berapa isipadu angin yang diperlukan. 
  • Ada dua sukatan angin, sama ada menggunakan kPa (kilo pascal) atau lbf/(in)^2



Tips : Check minyak hitam

  • Pastikan engine kereta sejuk. Senang cerita, check dulu sebelum korang start engine. 
  • Buka bonet depan tu, cari macam dalam gambar bawah ni (benda kuning tu). Ambil kain, lap dulu minyak tu, lepas tu masukkan balik dan keluarkan. Tengok minyak tu kat aras mana. If kurang dari sepatutnya, boleh tambah. Kalau ok, teruskan check benda lain. 



2. Berhias kereta ala kadar

Bab ni bukan perempuan saja terlibat, lelaki pun ada yang tergolong dalam ni. Ada sesetengah orang ni terlalu obses sengat sesuatu. Contohnya Hello Kitty. Bila obses ngan Hello Kitty, habis kereta pun dari Myvi jadi Hello Kitty. Serious talk, memang ada. Dari interior sampai exterior dia ubah jadi Hello Kitty. Berhias tu boleh, abang akak, tapi berpada-padalah. Janganlah sampai sticker penuh belakang kereta terutamanya kat cermin tu (walaupun kau pasang rear camera dan tak memerlukan cermin). Ada masa kau tetap nak kena tengok belakang. Senang kata, berhias tu jangan sampai mendedahkan anda kepada bahaya. 

3. Jadilah penjaga kereta bukan sekadar pengguna kereta

Penjaga di sini bermaksud, ambil tahu serba sedikit tentang kereta anda. Tak perlu details sangat tapi kalau kau boleh tahu sampai details sampai part nak tukar timing belt pun tahu, silakan. Mesti suami or ayah korang tak pening kepala sangat dah kalau nak tolong handle kereta korang. Nasihat aku, ambil tahu. Jagalah kereta anda. Contoh, kalau rasa lama kereta tu tak mandi, mandikanlah. Kalau malas sangat cuci sendiri, hantarlah kedai. Dalam tu, kemaskanlah. Jangan kasut bersepah sana sini. Kalau nak sangat simpan kasut banyak-banyak, masukkan kat storage belakang. So, janganlah korang sekadar jadi pengguna, bila rosak, tahu plak la nak marah, maki hamun kereta tu. Walhal yang gunanya kau. Kan? So kalau tak reti jaga, lepas tu nak sakit hati, maki diri sendiri dulu. Haha. 

4. Tahu tahap kesihatan kereta

Dalam pada kita menggunakan kereta, kena juga tahu tahap keupayaan kereta korang. Contohnya, kereta korang pernah rosak (engine overhaul) so lepas repair tu, jangan lah kau g bantai pecut 180kmph. Mau masuk bengkel balik. Try bawa and sambil tu check temperature kereta. Jangan sampai lebih half. Means antara cold and hot tu, kalau boleh jangan bagi pointer tu kat tengah-tengah. Selalunya korang kena bawa dengan speed yang average untuk elak engine jadi terlalu panas. 


Ok la. Sampai sini je idea ku keluar.


*Walaupun model kereta selalunya perempuan, bukan bermakna perempuan tu tahu segalanya. :) Take care and love your belonging.
** Korang rasa dalam mana penjagaan kereta korang? 






All the best and Good Luck!

Bank