Pages

Friday, July 26, 2013

Cerpen :: Kini ku sendiri

Assalamualaikum

Sambungan Kau Hadir Lagi

           Hati Im bagai ditusuk sembilu yang halus taktala melihat lelaki tadi. lelaki yang memegang carta tertinggi dalam hatinya, yang paling dia sayang dan cinta. Itulah lelaki yang tanpanya diri Im tiada atas muka bumi Allah ini. 'Ayah..', rintih Im dalam diam.

           Micheal yang dari tadi asyik memerhatikan kekakuan Im terus menegur menyebabkan Im tersentak. Hampir saja tangan Im mengenai hidung mancung Micheal namun sempat dihalang oleh tangan Micheal yang lebih pantas bertindak. "Sorry", kata Im dengan nada yang perlahan. Micheal menarik Im dalam pelukannya. Dia tahu hati gadis itu sedang bersedih. Im membiarkan Micheal memeluknya di tengah lautan manusia. Air mata mula jatuh setitik demi setitik. Makin lama makin lebat bagai hujan yang turun.

           "Are you alright?", tanya Micheal kepada Im sejurus mereka duduk di meja makan Sushi King. Im hanya balas pertanyaan itu dengan anggukan kepala yang lemah. Micheal bersimpati kepada gadis di hadapannya itu. Ternyata Im menanggung beban yang sedikit berat namun masih tabah menghadapi hari-harinya yang mendatang.

           Beberapa minit berlalu.

 "Nurul Ardini Inani, what's wrong with you? Dari tadi I tengok you diam je. You fikir apa sayang?", Micheal membuka bicara. Suasana sangat sunyi pabila Im diam tanpa kata. Im merenung tajam ke arah Micheal. "Micheal, kenapa you suka panggil I sayang la, dear la... You tahukan I tak biasa macam tu?", luah Im rasa yang terbuku di hati. Micheal cuma memberikan senyuman manis untuk gadis di hadapannya. Ingin diluahkan rasa hatinya, dia tak mampu lagi. Biarkan perasaan itu terpendam dalam diam. Walaupun sakit, biarkan dia saja yang tanggung tanpa pengetahuan Im. "Saja. I suka. Tak apa kan? Ok. Ok. I ask your permission, I nak panggil you dear, sayang, apa apa lah yang I suka, boleh?", pinta Micheal.

          Im serba salah. Baginya, cukuplah panggilan tu untuk Iz walaupun Iz tak pernah mengucapkan kata itu. Ya! Kini baru dia tersedar! Iz tidak pernah mengatakan sayang kepada dirinya. Hatinya sebak tiba-tiba. Tanpa sedar, air mata mula gugur setitik demi setitik. Makin lama, makin deras air mata itu mengalir. Micheal panik. Terus dia memeluk Im erat dalam dakapannya. Bauan yang dipakai Micheal membuatkan Im tenang dan inilah kali pertama dirinya tidak melawan diperlakukan sebegitu. Mungkin hatinya sangat sakit dan itu membuatkan dia penat lagi untuk berharap.

        Selepas Im tenang, Micheal bawa Im membeli belah. Terlahir rasa belas kasihan selepas melihat Im menangis secara tiba-tiba. Dia menyalahkan dirinya kerana pertanyaan itu, Im menangis hingga hilang selera makannya. Micheal cuba sehabis baik untuk menggembirakan kembali hati Im. Diajaknya gadis itu tonton wayang cerita Hobbit. Im pula mengikut saja segala yang diutarakan oleh Micheal bagai lembu dicucuk hidung. Im tidak mahu merosakkan mood Micheal yang ceria. Lalu diukir senyuman manis buat Micheal. 'Oh..tuhan! Jangan! Aku sangat menyayangi gadis ini.', ronta batin Micheal. Im sangat jarang untuk senyum, tetapi pabila senyuman itu menghiasi bibir kecil itu, wajahnya sangat ayu. Itu membuatkan Micheal bertambah sasau dengan perasaannya. Terus Micheal tekad. Dia akan berubah.

      "Mic, I lapar la. Jom kita makan", ajak Im kerana perutnya mula pedih. "Hmm..memang I tengah tunggu you pelawa I pergi makan pun. I pun dah lapar sangat. Sakit dah perut ni", balas Micheal selamba. Timbul rasa bersalah dalam hati Im kerana diikutkan sangat rasa hatinya sampai temannya itu kelaparan. "Sorry..", rendah saja suara Im kedengaran. "Tak apa I maafkan but with terms and conditions.. Ok?", Micheal mengumpan Im. "Ha? T and C apa nya lagi you ni? Alaa.. ", Im mula tarik muka. "I maafkan you kalau you bagi permission I panggil you sayang, darling, dear... bla..bla..", panjang lebar Micheal berucap kerana ingin menceriakan hati Im. Im hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. "Kalau you tak setuju, kita balik. I tak nak belanja dan I tak nak maafkan you.", Micheal menuju ke arah pintu keluar. Im terpegun dan berdiri statik di tempat asal dia berdiri. Tidak sangka Micheal akan bersikap sebegitu.


******************************************

          Im kaku sebentar. Dia buntu apakah jawapan yang perlu diberikan kepada Micheal tentang permintaan memanggil dirinya sayang. Tidak diduga permintaan sebegitu yang Micheal pinta semata kerana sebuah kemaafan. 'Ish..tak ikhlas betul la apek ni!', terdetik kata itu di dalam hati Im. 'Memang Micheal tu mampu untuk faham erti keikhlasan la pula kan? Sunat pun tidak!', keluh Im lagi. Dia berasa sangat buntu mencari jawapan yang terbaik buat mereka berdua. Ingin dielak dalam masa yang sama tak mahu mengecewakan permintaan Micheal. Akhirnya Im membulatkan tekadnya. Apa pun bakal terjadi, dia akan terima seadanya.

******************************************


        'Cepatlah pujuk aku!!! Arghh!' , hati Micheal bergaduh sendiri. Sebahagian meminta dipujuk, sebahagian lagi inginkan dia berpatah balik kepada Im. Langkah dihentikan. Micheal menghela nafas. Dia mengalah lalu pusing ke belakang untuk datang kembali kepada Im. Pabila Micheal memusingkan badannya, dia terkejut! Ada beruang besar di belakangnya. Micheal terjerit kecil kerana terperanjat! Tiba-tiba dia terdengar suara yang amat dikenalinya ketawa berdekah-dekah. Lalu Micheal membuka set kepala beruang tadi kerana beruang itu rendah sedikit daripadanya. Micheal lihat Im sedang ketawa jahat. "Sampai hati you buat I macam ni kan? Kalau I ada heart attack, baru you tahu!", ucap Micheal dengan nada yang sayu. "Ala..I gurau je. You nak dengar something tak?", pancing Im. "Apa dia?". Im menghela nafas berat dan menghadiahkan seukir senyuman buat Micheal. "I setuju dengan syarat you. You boleh panggil I sayang and so on tapi ada syarat juga daripada I.", Micheal gembira dalam hati. Kalaulah Im tiada di hadapannya, mahu dia melompat-lompat macam katak tu. "Apa syarat you?", ujar Micheal. "You have to be mine! Boleh ke?", Im meluahkan rasa. Micheal terkejut. "Maksud you? Kahwin dengan you ke?". "Yes. If you dare to do so..", jawab Im sambil berlalu pergi.

        Micheal bagaikan bermimpi. Gadis di depannya tadi menyatakan tentang perkahwinan. Micheal tersenyum puas. Dikejarnya Im yang semakin hilang daripada pandangannya. Nurul Ardini Inani, aku akan buktikan aku mampu untuk memilikimu.

Bersambung....

   





All the best and Good Luck!

Friday, January 25, 2013

Cerpen :: Kau Hadir Lagi

Assalamualaikum

Sambungan Dia Di Hati

           "Ya. Saya. Ni siapa?", laju Im menekan butang berwarna hijau selepas melihat nombor yang tak dikenali tertera di skrin telefonnya. Suaranya mendatar saja kerana tidak mengenali orang di hujung talian.

           "Nama saya Micheal", jawab orang dalam talian. "La..kenapa you tak bagi tahu you nak call? Buat I terkejut je tau.", Im terus melembutkan suaranya. Micheal memang pandai membuat dirinya gembira dan terasa bahagia sorang-sorang biarpun dalam hatinya penuh dengan luka yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tawa Im membuatkan Micheal rindu untuk menatap muka gadis itu. Mereka terus bercerita tentang perkembangan diri masing-masing.

            "Mic, you tak nak tidur ke? I rasa dah nak terlelap dah ni", Im melihat jam di tepi meja study nya. Jam menunjukkan  hampir pukul 4 pagi. Dicongak-congak, hampir 4 jam mereka berbual! Walhal esok kelas jam 8 pagi. 'Ah, masak aku kang kalau esok lewat bangkit!', bebel Im dalam diam. "I nak tidur kalau you ada sini temankan I tidur.", selamba Micheal mengucapkan kata-kata itu. Im yang tadinya rasa mahu terlelap terus terbeliak biji mata. "Micheal!! Jangan! Dah malam ni. Bahaya tau!" balas Im sambil ketawa kerana ingin menutup gugup dirinya sebentar tadi yang terkejut dengan ayat yang diluahkan Micheal. Micheal ketawa kerana dia tahu sunbae nya itu tidak suka diperlakukan sebegitu. Cepat-cepat dia meminta maaf dan mengucapkan selamat malam kepada Im. Sedangkan dalam hati, sememangnya dia ingin Im menemaninya sepanjang hidupnya. Selagi dia bernafas di atas dunia ini ingin hatinya memiliki gadis lincah itu. Namun, apakah daya. Mereka punya perbezaan.

 *********************************************

            Im menguap bagai singa kelaparan. Nguapan itu sememangnya membuktikan dirinya sedang dalam keadaan yang separa tidak cukup bekalan oksigen. Mengantuk kerana melayan panggilan Micheal. 'Huh, nyesal plak la aku layan mamat tu malam tadi. Tak pasal je sekarang ni otak biol!' dengus Im sendiri. Seharusnya pelajar seperti Im mempunyai tidur yang cukup bagi melancarkan proses penerimaan maklumat atau pelajaran yang lebih sempurna. Jika tidur kurang daripada 6 jam sehari, otak akan mengalami gangguan.
       
          Langkah dilajukan menuju ke kiosk di fakulti kejuruteraan. Perutnya sudah membuat persembahan okestra yang sangat hebat hingga menggangu fokus dirinya yang ingin ke kelas yang seterusnya. Terus dicapai 2 bungkus roti dan 1 kotak susu coklat kegemarannya. Perutnya kini wajib diisi dengan makanan. Jika tidak, ada yang berlagu hebat dalam kelas Bahasa Melayu nanti. Im membayar total makanan tadi dan terus tinggalkan kiosk. 

         Im berlari anak-anak kerana takut terlewat masuk ke kelas. Sambil berlari, dia selamba makan roti yang dibeli tadi. Dia tidak peduli mata yang memandang perlakuan dirinya yang dikategorikan sebagai tidak senonoh tu. Sampai di perpustakaan, terus Im membuat 'touch&go' di laluan masuk utama. Perpustakaan tempat Im belajar menggunakan teknologi yang canggih. Jika pelajar hendak masuk ke perpustakaan, mereka wajib membawa kad pelajar dan sentuhkan kad di laluan masuk utama. Jika pelajar tidak membawa kad pelajar semasa ingin masuk ke perpustakaan dengan berbesar hati pihak perpustakaan akan mengeluarkan saman kepada pelajar. 


          *********************************************

           "Kalau ye pun nak cepat sampai ke kelas, janganlah sampai sedekahkan baki duit tu kat kiosk", Johan membebel. Im tersentak kerana Johan tidak pernah menegurnya biarpun mereka ada banyak kelas bersama. Im mendongak dan merenung ke muka Johan. Pelik. 'Mamat ni dah kenapa plak tetiba nak jadi burung tercabut ekor?' Im mengeluh sendirian. Seingatnya dia meletakkan jumlah wang yang cukup-cukup saja tadi. Im memaniskan mukanya dengan memberikan senyuman untuk Johan. Johan terpaku seketika. Tidak pernah dia melihat Im senyum. Selama ini dia melihat Im sebagai seorang yang memang tak reti senyum, muka ketat! Im mengambil baki duitnya dan berlalu pergi. Pabila Johan sedar daripada lamunannya, Im sudah lesap. Hilang dibawa angin yang lalu semasa Johan mengelamun sendirian. 

          "Kau ni kenapa pula Im?", Yana menegurnya kerana melihat rakan baiknya itu termenung. "Taka da apa. Aku pelik tengok Johan tadi. Tak pernah bertegur sapa tetiba datang bagi duit baki aku nak membebelbagai. Pelik je rasa hati ni." jawab Im sambil membelek telefon bimbitnya. "Relax la. Dia nak kau beringat, lepas ni jangan baik hati sangat sedekah duit merata-rata." dengan selamba Yana mengeluarkan ayat itu tanpa ada syak wasangka yang bukan-bukan terhadap Johan.

          Sudu yang berisi nasi itu pantas dimasukkan ke dalam mulut tetapi tekaknya terasa kembang. Hilang nafsu makan yang ada. Yana pelik dengan perangai Im petang itu. Im lebih banyak mendiamkan diri. Mungkin ada sesuatu yang melanda temannya itu. "Kau kenapa ni? Dari tadi aku tengok kau diam je. Ada masalah ke?", Im terharu dengan sikap perihatin Yana. Sahabatnya itu memang mengerti gelora jiwanya "Aku ok je. Penat nak bercakap. So, lebih baik diam. Hehe..", Im jawab dengan ketawa yang dibuat-buat. Ketawa itu tak mampu menyedapkan hati Yana. Yana tahu ada sesuatu yang 'menyerang' rakannya tetapi dia memilih untuk diam. Dia tak suka memaksa Im menceritakan masalahnya. Im akan buka mulut sendiri kalau dia sudah bersedia nak cerita semuanya. 

          Sahabat yang dikenali lebih 5 tahun itu punya masalah keluarga tetapi Yana kagun dengan Im kerana Im tidak menjadikan alasan itu sebagai satu asbab dirinya untuk menjadi liar seperti remaja yang lain yang hilang pedoman pabila keluarga ditimpa masalah. Mungkin kerana Im adalah anak sulung yang punya tanggungjawab yang besar lantaran itu dia sangat positif dengan masalah yang dihadapinya. Yana melepaskan nafas yang berat itu. Dia bersimpati kepada Im.

          Im merenung muka Yana, tafsiran itu sungguh mudah untuk dia mengerti maksud yang ada disebalik wajah manis yang kini mengerut. Im hanya biarkan perasaan itu berlalu. Persetankan saja semua itu. Im penat  melayari hidup realitinya. Entah bila hidup realitinya menjadi seperti cerita dongeng yang sering diceritakan kepadanya suatu masa dulu. 'Astagfirullah hal'azimi', cepat-cepat Im beristigfar selepas menyedari dia tidak bersyukur dengan ujian yang dihadapinya. 

*********************************************

           Wajah Johan mula menapak dalam fikiran Im. Im merasakan sesuatu yang pelik dengan mamat tu. Selama ni Im suka mengusha Johan tetapi tidak pernah dia memberitahu kepada sesiapa walaupun kepada Yana. Kejadian pagi tadi sebenarnnya membuatkan Im gembira sendiri. Bagai bulan jatuh ke riba rasa hatinya. 

          "Senyum tu kalau tak sampai ke telinga memang tak boleh ek?", teguran Yana mematikan lamunan Im. "Kau ni..Yana! Potong stim betul la. Baru je nak berangan", geram Im pabila lamunannya terhenti dek Yana. "Bukan tak boleh. Boleh. Cuma tu!!", Yana menjuihkan bibir monggelnya ke arah kertas saiz A3 dihadapan Im. "Kau tak siapkan lagi kerja tu, sila jangan nak berangan sangat la kan", sambung Yana. Subjek Lukisan Kejuruteraan adalah subjek kegemaran Im. Baginya mudah je nak melukis tu. Otaknya sangat berdimensi! Oleh yang demikian, dia boleh membayangkan sesuatu dengan lebih sempurna berbanding mereka yang tiada kelebihan itu. "Yela. Yela. Aku nak siapkanlah ni. Takat lukisan ni je pun takkan la tak boleh nak berangan langsung kak Yana oi..", bebel Im kepada Yana. Bukan Yana tak tahu minat Im. Saja Yana tak ingin memberi peluang rakannya mencipta kegembiraan yang bukan realiti. Dia tak mahu Im berduka dan kecewa lebih mendalam. 

          Im memegang mug yang berisi Milo. Bila buat kerja malam-malam, tabiatnya memang suka makan atau minum. Kalau tidak, nafsunya untuk buat kerja  terbantut dan dia akan tidur dengan senang hatinya walaupun kerja tak siap. Milo yang kian sejuk itu dihirupnya sambil mata dipejamkan. Bayangan lelaki yang dirinduinya menerpa ruangan kosong yang gelap itu. Ah, hatinya sudah rindu pada si dia! Im membuka mata dan mengharapkan keajaiban berlaku. Hatinya berdoa, agar si dia juga begitu. 

          Lagu Hideaway nyanyian Wanting Qu membuat Im mencari telefon bimbitnya. 'Siapalah yang mesej aku malam-malam ni.'. Selalunya Maxis yang rajin menghantar mesej. Dicapai telefon di balik bantal kesayangannya. Im menahan nafas di hati kerana berharap si dia mengerti hatinya. 




         Jawapan Iz sering membuatkan Im penat untuk meneka hati Iz untuk siapa sebenarnya. Keluhan dilepaskan. Im malas melayan hatinya. Penat. Lalu dia melemparkan Nokia 6600 ke katil. 'Biarlah Iz tu', bisik hatinya. Beberapa ketika kemudian, Iz membuat panggilan. Im biarkan saja pangilan itu tidak berjawab. Sekali lagi Iz menelefonnya, kali ni Im menekan butang hijau dan meletakkan Nokia 6600itu di telinganya. Sambil berbaring dia memejamkan mata. Sapaan Iz membuatkan hati Im sebak. Dia rindu dengan pemilik suara itu tapi apakah daya, cintanya tidak berbalas. Iz melayannya seperti mereka sepasang kekasih tapi dalam masa yang sama Iz sering mengecewakannya. 

          Kata-kata yang diucapkan Iz bagaikan masuk telinga kanan keluar teinga kiri. Im perlahan-lahan terpejam dan tertidur. Dia penat dengan Iz. Iz berbual sorang-sorang tanpa menyedari Im sudah dibuai mimpi.

*********************************************

           Azan subuh berkumandang sayu. Im terjaga daripada tidur lalu dia bangkit untuk mendekatkan diri kepada Yang Esa. Air pagi membuatkan Im menggigil kesejukan. Seusai solat, dia berdoa memohon keampunan kerana sentiasa terleka dengan nikmat yang diperoleh. Dimohon juga, jika benar jodohnya bersama Iz, dekatkanlah hati mereka berdua. Jika tidak, hilangkanlah dan buangkanlah rasa sayangnya terhadap lelaki itu. 

          Hari Sabtu adalah hari yang dinantikan Im kerana otak dan badannya boleh berehat sebentar daripada mengadap assignment yang melambak dan menyemakkan matanya. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Samsung Note milik Im berbunyi tanda ada mesej yang diterima.



           Im terus terpaku. 'Micheal ni macam-macam lah', pening Im memikirkan perangai Micheal seminggu dua ni. Lain macam benar layanannya. Kalah layanan yang diberikan oleh Iz kepadanya. Walaupun ramai lelaki yang melayan Im dengan baik, hatinya tetap untuk Iz. Im tidak mampu menganggap mereka lebih daripada kawan. Mungkin kerana Iz adalah cinta pertama hatinya.

Cinta itu bagaikan racun dalam badan. 
Ada masanya bisanya perit untuk ditanggung
- penulis

          Seperti yang dijanjikan, jam 1 petang adalah waktu untuk 'berdating' dengan Micheal. Im mengenakan kemeja berwarna biru dan jeans skinny hitamnya. Boot paras buku lali menjadi pilihan untuk dipakai bersama. Tudung bermotifkan bunga kecil berwarna biru laut itu sangat padan dengan baju kemeja yang dipakai Im. Penampilannya sentiasa bergaya. Dibawa bersama beg sling nya yang berwarna putih. 'Mutu Gaya Keunggulan' bisik hati Im setelah berpuas hati dengan penampilannya.

          "You kat mana ni? I tak tahu jalan rumah you", Micheal pening selepas beberepa kali pusing di kawasan rumah sewa Im. "Haha.. You tak jumpa ke? You kat mana ni?", kesian Micheal kerana bersusah payah ingin mengambilnya semata kerana ingin keluar makan bersama. "I ada kat Petronas depan taman rumah you, dear.", Micheal memberhentikan keretanya di bahu jalan. "Erk..Mic, don't call me like that la. I tak nak keluar kang dengan you..", Im kurang senang dengan panggilan dear itu. Terus Micheal ketawa dengan reaksi Im. "Tak apa lah. You tunggu situ, I datang sana, ok?", cepat-cepat Im memutuskan talian.

          "Keluar ek?", laung Yana daripada tingkat atas. "Yup!", jerit Im. Dia masuk ke rumah untuk mengambil kunci keretanya. "Dengan siapa?", Yana sudah ada di depan pintu. "Pakwe cina I la! Siapa lagi..", Im jawab dengan selamba. "Ha..yelah tu. Jaga diri elok-elok tau! Kau tu anak dara orang.", nasihat Yana sebelum melihat Im beredar pergi.

          Im keluar daripada perut kereta dengan pantas menekan butang 'lock'. Dicarinya kereta Micheal tapi tak jumpa. 'Haih..mana la jantan ni.', soal Im. "Ehem..", tegur Micheal. "Opsss!!", tak semena tangan Im laju menumbuk dada Micheal. "Aduh! You ni leng lui... Aiyaaaa..", Micheal terjerit sakit dek tumbukan padu Im. Im menggelabah. "Yang you terjah I macam tu kenapa? Padan muka!", Im geram kerana diperlaku sebegitu. Memang dia tak mampu mengawal tindakan itu. Terbit rasa simpati terhadap Micheal.

         Im menggosok dada Micheal. "Mana kereta you?", tanya Im kerana dia menyedari tiada Harrier di kawasan itu. "I tak bawa kereta tu. I bawa kereta kuda hari ni", dalam sakit, Micheal masih sempat bergurau dengan Im. Im memberikan jelingan maut. Terus Micheal memujuk Im untuk bersabar. "Betullah. Hari ni I bawa kereta yang ini sebab nak keluar date dengan adik cantik ni. Tak sesuailah Harrier tu. Macam tua sangat.", kata-kata Micheal disambut dengan gelak tawa Im. Pandai Micheal melembutkan jiwa keras Im. Kereta Ferrari F430 berwarna merah yang ada di depan mata Im menjadikan Im teruja kerana sepanjang hidupnya, dia hanya mampu melihat dari jauh saja kereta jenama kesukaannya. Tidak sangka dia akan menaiki kereta itu. Im mengalihkan pandangan ke Micheal sambil meluahkan rasa tak percaya. Micheal ketawa dengan reaksi Im. Lalu Micheal membukakan pintu untuk Im masuk ke dalam kereta. Im masih lagi tergamam. Perasaan ketidakpercayaan itu terlalu sukar untuk dihakis. Micheal hanya menggelengkan kepala melihat telatah Im.

          Kereta Ferrari merah yang mereka naiki  diparkir di tempat letak kereta yang berbumbung. Kini mereka berada di The Garden bersebelahan dengan Mid Valley. Kaki dilangkah bersama seiringan menuju ke tempat makan. Im memilih untuk makan di Sushi King. Micheal layankan saja. Sedang mereka berjalan, tiba-tiba seorang perempuan terlanggar bahu Im. Dengan selamba perempuan itu memarahi Im. Im mengangkat muka dan melihat perempuan yang melanggarnya, di sebelahnya berdiri seorang lelaki yang sangat Im kenal. "Sayang, dia langgar I", ngadu perempuan itu kepada teman lelakinya. 'Gedik betul perempuan tu. Padahal minah senget tu yang langgar aku, aku pulak yang salah. Biol punya perempuan!', jerit batin Im. Micheal yang melihat keadaan tegang itu terus memohon maaf kepada pasangan tadi dan menarik lengan Im berlalu pergi.

         Hati Im berdegup kencang. Dia tahu lelaki itu pun mengenalinya. Lelaki itu adalah......



Bersambung...



All the best and Good Luck!

Thursday, January 10, 2013

Cerpen :: Dia di hati

Assalamualaikum

Sambungan Kisah Kita


Cinta itu tidak selalunya indah dan penghujungnya adalah gembira.
Tidak semestinya - penulis cerpen
Source gambar : web

           "Dah, jangan nangis lagi. Jom ikut akak", ujar Im seraya menarik Azwa ke dalam pelukannya. Azwa menangis sepuas hatinya. Mereka baru sahaja keluar daripada mahkamah syariah, menyaksikan penceraian antara ibu dan bapa Azwa. Bapa Azwa adalah abang kepada mama Im. Im memahami perasaan Azwa walaupun ibubapa Im tidaklah bercerai, namun hakikatnya mamanya bagai digantung tidak bertali dan Im takkan lupa apa yang papanya telah lakukan terhadap mama dan adik-adiknya.

          "Lepas ni, kalau Wawa ada apa-apa nak cerita ke, ada apa-apa masalah ke, bagitahu akak. InsyaAllah mana yang mampu, akak tolong. Pasal benda ni, Wawa jangan fikir sangat. Biarkan. Ni masalah between your parents. Wawa doakan yang terbaik buat mereka dan Wawa jangan berdendam dengan siapa-siapa. Teruskan belajar", kata Im kepada adik sepupunya yang berusia sembilan belas tahun itu. Azwa hanya mampu mengangguk sambil menyeka air mata yang mengalir di pipi.Kata-kata yang diluahkan itu sebenarnya kata-kata mama masa berlakunya 'pergolakan' dalam hubungan mama dan papa. Mama sentiasa mengingatkan Im agar tidak menjadi anak yang kurang diajar dan sentiasa menghormati orang tua. Biarpun payah, Im tetap mencuba demi menjaga hubungannya dengan mama dan papa.

          Selepas menghantar Azwa pulang ke kediamannya, Kolej Anggerik, di UITM Shah Alam, Im terus memecut pulang ke rumah sewanya di Gombak. Fikirannya kini kembali serabut setelah melihat dua panggilan yang tidak berjawab daripada Iz. Hatinya berdebar-debar. Ingin sungguh hatinya membuat panggilan balas, tetapi akalnya sudah memberi arahan 'JANGAN' kerana tak ingin hatinya yang terluka sebulan lalu kembali berdarah. 'Aku rindu kau la bodoh!!', jerit batin Im sambil memberi signal untuk menukar laluan. Pesona berwarna biru itu memecut dengan laju.


***********************************************

           Brek ditekan sekuat hati. 'Ah..sudah! Nasib baik tak teruk terlanggar kereta depan.', bisik hati Im. Dia membuka pintu dengan perasaan yang cuak dan keluar daripada keretanya untuk memohon maaf kepada pemilik kereta Harrier di hadapannya. Dalam waktu yang sama Im nak juga tengok kalau-kalau baby biru nya itu ada apa-apa 'kesan kecederaan'.
           "Aiya..leng lui aa..next time drive itu keleta baik-baik oo.. Sini bukan tempat lace keleta lo", bebelan mamat Cina yang memandu Harrier tadi membuatkan hati Im bengkak.
           "Eh, leng chai aa...apasal you bawa you punya keleta sangat lambat ha? Itu Harrier kalau bawa slow-slow aa..better you bawa kancil saja maa.. ", balas Im dengan intonasi yang agak tinggi dengan dialek cinanya yang dibuat-buat.Mereka saling memerli, akhirnya mereka ketawa. Lelaki bangsa cina itu adalah kawan bekas tempat kerja Im. Im bekerja sambilan di sebuah kedai buku semasa cuti semester lepas. Ong Bak Hwa atau lebih dikenali dengan nama inggerisnya, Micheal. Sekian lama tak bertemu, lalu Micheal mengajak Im makan tengah hari di Old Town White Coffee Wangsa Maju memandangkan mereka sudah berada di kawasan itu. Bangai orang mengantuk disorongkan bantal, sememangnya Im sedang kelaparan. Sejak pagi dia belum menjamah sesuap makanan . Terus Im mengangguk setuju.

            Sesampai di Old Town White Coffee, Im terus memesan roti bakar double, roti kegemarannya. Micheal hanya tersengih melihat 'sunbae'nya itu. Micheal memang suka melihat Im kerana perwatakannya membuatkan orang di sekelilingnya gembira. Im tak suka menyusahkan orang lain dalam masa yang sama dia nak semua orang gembira. Itu yang Micheal syok sangat kat Im tapi menjadi halangan apabila agamanya tidak sama dengan agama yang dianuti Im.

           Lamunan Micheal terhenti setelah Im baling pensil ke muka Micheal. "You kenapa ni? Sengih-sengih. You tengah mengelamun ek? ", tegur Im sebaik melihat Micheal kembali ke dunia nyata. "Tak ada apa la. Wo ai ni", balas Micheal sambil ketawa. Im membalas sambil ketawa, "Shi ma (betul ke)? Ni ai wo ma(You sayang saya)? Walaweyh!!! Micheal, you gila ke? Nanti makwe you serang I macam mana? ". "I mana ada makwe la", jawapan Micheal membuatkan Im mengecilkan mata. Dalam hati Im berbisik, 'ye ye je mamat ni tak ada makwe. Nak kata miskin, anak orang kaya. Muka handsome, takkan tak ada yang nak? Rugi betul la leng lui yang tak tahu hargai mamat depan aku ni. Haha..'

           Micheal mengecilkan matanya juga, mata yang sudah sepet itu bertambah sepet dan hampir-hampir terpejam. 'Comel!', jerit Im dalam hati. "Eh, you ni plak kenapa?", tanya Im kerana kurang senang dengan perlakuan Micheal. "Kenapa? Mesti dalam hati you tadi kata I cute kan?", kata-kata yang keluar daripada mulut Micheal membuatkan Im terbatuk-batuk. "Dah. Dah. You buat order nak makan apa. Eh, ni everything is on you kan?", tanya Im lagi. Micheal hanya mengangguk sambil melemparkan senyuman yang menggoda. Im terus bukam. Rasa Im hatinya boleh cair kalau Micheal bukan menganut agama Kristian. Keluh Im dalam diam.

           Makanan yang ditempah mereka tadi telah siap dihidang di atas meja. Im dengan lajunya memasukkan roti bakar kegemarannya ke dalam mulut. "Urmmmm...Fantastic!! Do you want some?" Im menghulurkan koyakan roti ke muka Micheal sambil mengunyah. Anak siapalah yang 'sopan' sangat ni. Huluran itu disambut baik oleh Micheal tetapi respon itu membuatkan Im berhenti mengunyah dan menangis. Micheal gigit jarinya dengan sengaja. Ditelan roti itu dengan payah. Air mata mengalir tanpa diduga. Micheal terus beralih tempat dan memujuk Im dengan memeluk bahu perempuan itu. Tak semena-mena air mata yang mengalir tadi terus berhenti. Tanpa amaran, Im menolak Micheal sekuat hati. Padah belajar seni mempertahankan diri, Im tak reti nak mengawal tenaganya apatah lagi secara tiba-tiba Micheal memeluk bahunya. Micheal terjatuh daripada kerusi Im dan semua pelanggan di Old Town White Coffee memandang dengan penuh hairan. Ada yang ketawa, kelakar mungkin.

          Micheal ketawa berdekah-dekah. Im kaget. Terus dia membantu Micheal untuk bangun. Sambil membantu Micheal bangun, Im membebel kenapa Micheal buat macam tu macam ni. Micheal hanya tersenyum mendengar bibir kecil itu menyerangnya. Selepas itu, mereka meneruskan suapan sampai semua makanan tadi habis. Berbunga hati Im kerana Micheal melayannya seperti dirinya adalah kekasih hati Micheal tanpa dia tahu Micheal sememangnya menyintai dia. Seusai makan, mereka berpisah kerana Micheal ada urusan lain. Perpisahan mereka diakhiri dengan pertukaran nombor telefon bimbit.

 ***********************************************

          Fikiran Im semakin bercelaru. Celaru memikirkan mengapa dan kenapa Iz menelefonnya. Ada apa-apa hal yang penting ke? Bukan mamat tu dah 'kick me out' daripada hidupnya ke? Kenapa dia telefon? Im mundar mandir dalam biliknya mencari jawapan. Sekejap dia baring. Sekejap dia melompat-lompat demi menghilangkan rasa tak sedap hatinya itu. Sekejap lagi dia berguling-guling atas lantai. Kalau Im dirundung masalah, sememangnya aksi yang dilakukan adakala seperti kanak-kanak yang belum matang. Walhal umurnya sudah mahu mencecah 21 tahun! Perangai nauzubillah, penat mama dan adik-beradik yang lain melayannya. 

          Dibelek telefon yang berada di tangan. Ditenung nombor yang tertera di skrin telefon. Perlu atau tidak dia membuat panggilan? Im mencampakkan telefon di tangan ke atas bantal. Dia mengambil kertas lalu  duduk di kerusi dan dikoyaknya kertas tadi sambil mulutnya terkumat kamit bagai membaca jampi serapah. "Perlu, tak perlu, perlu, tak perlu....." itu saja perkataan yang terkeluar daripada mulutnya. Mengharapkan jawapan yang bakal diperoleh sama dengan jawapan yang diberikan hatinya. Habis bersepah meja belajarnya dengan koyakan kertas. 

        Lagu Hati yang disakiti nyanyian Kriss Dayanti menyedarkan Im telefonnya berdering. Dia lihat nama pemanggil di skrin dan hatinya terus berdegup kencang. Ingin dijawab atau tidak? Perlu ke? Tanya Im sendiri. 



Bersambung...   

*sunbae - junior dalam bahasa Korea.

All the best and Good Luck!

Sunday, January 06, 2013

Cerpen :: Kisah kita

Assalamualaikum

Credit to Google
Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku
SirnaBukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak
Pada kita
Kasihku
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan kerna kita berbeda
Dengarkan
Dengarkan lagu
Lagu ini
Melodi rintihan hati ini
Kisah kita berakhir di Januari
Selamat tinggal kisah sejatiku
  Wo....pergilah
Wo... KasihkuSampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan kerna kita berbeda
Wo...
Dengarkan lagu
Lagu ini
Melodi rintihan hati ini
Kisah kita berakhir di Januari
Wo...........
Dengarkan lagu
Lagu ini
Melodi rintihan hati ini
Kisah kita berakhir..
Berakhir...
Berakhir...
di Januari...
Berakhir...di Januari...

Berakhir di Januari. Sangat sesuailah lagu ni untuk kita, awak. Saya tak tahu kenapa awak buat macam tu. Saya tertanya salah saya kah yang malam tu. Saya ke yang mulakan semua tu? Awak tahu tak berapa lama saya tunggu awak? Awak tahu tak kenapa saya tak pernah ucap lagi kata-kata tu lepas awak pernah tolak saya?
Tak mengapa. Mungkin betul apa yang awak lakukan. Biarpun bertahun lamanya saya tunggu awak, hakikatnya kita tak pernah ada jodoh pertemuan. Mungkin ya. Kita memang tiada jodoh.
Saya akan cuba melangkah sejauh mana yang mampu. Saya akan cuba untuk tak mencari awak lagi. Saya akan cuba tak mengganggu hidup awak lagi. Ya. Saya terluka tapi awak tak tahu. Tak mengapa. Bukan silap awak. Andai kata awak kembali, saya akan sedaya upaya kata, kita dah lama sudah tapi saya yang tak mampu terima hakikat. Masa tu, saya akan cuba ingatkan awak apa yang telah lakukan. Saya akan kata, betul tindakan awak tu. Awak dah matang dalam membuat keputusan.
Jodoh di tangan Tuhan. Kita berusaha dan DIA menentukan. Indahnya permainan jodoh. Sakitnya tak terperi tapi saya faham. Saya dah banyak kali melaluinya dengan awak. Kita 'bertemu' dan 'berpisah'. Kini mungkin kita benar-benar telah dipisahkan.
Terima kasih sayang atas memori yang telah kita cipta bersama.
Maafkan saya sayang.
Salam.
Yang ikhlas,
Insan yang mengasihimu seikhlas hati.


          Ditekannya butang hantar. Lalu Im menutup akaun 'Facebook'nya. Apa yang dilihatnya sagat merobek jiwa dan hatinya yang berbunga kerana mengharapkan Iz akan memujuknya selepas mereka bergaduh kecil tempoh hari. Dia tidak sangka Iz sanggup melakukan perkara itu. Selama ini Im cuba untuk menjaga hatinya dan dirinya untuk Iz. Namun apakah daya, lelaki lebih berhak melakukan apa saja yang dirasakan benar.

          Helaan nafas yang berat dilepaskan. Tangan memicit kepala yang berdenyut. Im mula rasakan sesuatu yang aneh. Terasa bagai ada sembilu yang menusuk hatinya. Mutiara jernih mulai membasahi pipi mulusnya. Kini perasaan itu tidak tertahan. Dia menangis sepuas hati. Dibiarkan mata yang kian membengkak, hidung yang mulai merah. Semua itu tidak lagi dihiraukan. Apa yang dia tahu, perasaan itu harus dilepaskan. Dia tak peduli apa yang kawan-kawan biliknya akan berkata tentang dirinya. Hatinya retak dan hancur.

          Matanya terancap pada kata-kata cinta yang disalinnya beberapa hari yang lalu di notice board nya,
  
I said my love was forever
For you know it’s true
For I would swim the seven seas just to stand by you
I would die one thousand deaths just lye by your side
So to you I must confide ill love you till the end of time
For I am yours and you are mine.
Source: http://www.lovequotes.com/category/loyalty-love-quotes

Dibiarkan matanya mengalirkan mutiara jernih.




Bersambung....

All the best and Good Luck!

Bank