Pages

Friday, July 03, 2015

Semangat di Dunia Belajar

Assalamualaikum

Haii korang! Hari ni cuti Nuzul Quran and yeahh!! Me is cuti too! Happy holiday untuk korang juga! :)

So, today I just wanna share my experience yang tak seberapa ni la. Mungkin lebih kepada adik-adik kat luar sana yang mungkin stress belajar, rasa give up nak study, nak kerja terus and so on. Well, don't you ever think of nak berhenti belajar sebab rasa tak boleh nak bawa or whatsoever reasons yang you all rasa bersesuaian la.

Study ni sebenarnya adalah salah satu pencapaian korang dalam hidup. Yup. Tak semua orang tu pandai tapi semua orang diberi kelebihan iaitu otak untuk korang fikir dengan lebih baik. Membezakan yang baik dan buruk. If yang nak berhenti belajar sebab desakan hidup, mungkin tidak berkemampuan untuk membayar yuran pengajian, maybe korang boleh consider untuk buat kerja part time BUT mestilah tahu bahagikan masa. Kalau sangat-sangat buntu, jumpalah dengan lecturer korang yang korang rasa dia boleh tolong dapatkan fund untuk teruskan study. Kalau memang tak ada jalan sangat, simpanlah niat untuk sambung belajar bila dah kerja nanti.

Learning process ni sebenarnya best tau! Korang dapat ilmu baru dan bermanfaat bila mana korang apply ilmu tu dalam kehidupan harian korang. Tapi adatlah, buat apa-apa perkara memang akan menguji kesabaran. Iman ni kan turun naik untuk manusia. Sama juga macam semangat. Akan ada waktu turun naik semangat ni. The thing is kita la yang perlu tahu macam mana nak dapatkan balik semangat bila kita hampir tergelincir daripada landasan sepatutnya.

So, meh akak eh aku share ngan korang, macam mana nak dapatkan balik semangat belajar bila dah rasa loss gila. Rasa macam dah GIVE UP sangat.

This is from my experience la.

TIPS NAIKKAN SEMANGAT

1. MAIN GAME
Haaa...ni memang first tip aku la. Sebab aku memang gila main game. Kadang-kadang boleh hilang sehari dalam hidup tanpa sedar sebab main game je. Tapi berpada la. Jangan sampai benda basic pun tinggal.

Game macam mana yang korang perlu main? If aku, lebih suka game yang the type is more to STRATEGY and THINKING. Yup. Kalau mana tak minat, akan menambahkan stress.

Apa kelebihan game type yang aku minat ni?

STRATEGY: Dah nama pun strategi, confirm la kena bijak susun steps. Bila main, aku akan reflect balik dalam kehidupan aku. Kenapa aku jadi lemah? Hilang semangat? Sebabnya hidup aku kurang strategi. Eh, kau ingat hidup ni tak perlu strategi ke? Hidup pun kena ada planning. Haa..tu la strategi. Kena rancang hidup kau. Apa kau nak buat? Apa kau nak capai dalam hidup ni? So, sambil main tu, kau plan la hidup kau slow-slow. Lepas habis main tu, kau ambil kertas dan listkan perancangan hidup kau. Gantung kat tempat yang kau selalu boleh tengok. Semoga kau akan sentiasa bersemangat dalam mengejar cecita kau tu.

Contoh strategy game : World of Warcraft, Red Alert,  Down of War, The Sims dan banyak lagi



Kalau game yang makan RAM ni memang tak boleh main kat handphone la for sure. If korang nak main game yang type macam ni kat handphone or tablet, aku boleh suggest game Clash of Clans (COC), Chess, The Sims, Candy Crush (CC), Boom Beach dan so on yang bersesuaian la. Mungkin pada korang COC ngan CC tu macam tak nampak sangat startegi nya kan? Haa.. itu sebenarnya ikut macam mana korang berfikir. COC tu strategi dia macam mana kau nak build empire kau dan macam mana nak hasilkan troops untuk war. Mungkin la bila war kau tak boleh arah troop tu serang apa macam kau main Warcraft tapi at least kau boleh rancang kat mana nak letak troops tu untuk start serang, apa yang kau aim dan macam macam lagi.

CC plak mesti kau fikir ni game untuk bebudak je kan? Silap! Sebenarnya ni pun ada strategi sebab tu dia bagi kau move tak banyak dan kekadang rasa macam tak cukup je move tu. Sebenarnya, tu lah yang kau kena rancang. Tapi benda ni pun ikut luck juga. Sebab dia punya arrangement is random tapi berulang. Ni yang aku boleh detect dia punya pattern sebab aku main CC lebih setahun dengan CC Soda. Kalau kau memang enjoy main benda ni, kau akan tahu atau boleh predict candy apa yang akan keluar or jatuh lepas tu. Kalau game ni buat kau stress, tinggalkan. Pilih game yang kau rasa relax.

THINKING: Yang ni bagi aku lebih kepada Math game or Scrabble. So, jenis ni aku main Math Work Out and AlphaBetty
















Game ni sebenarnya memang akan pecahkan lagi otak kau. Macam aku, aku senang belajar under pressure. Sebab tu game yang aku pilih memang buat sakit kepala je. Hehe. Tapi sebenarnya ni untuk improve knowledge kau gak. Macam AlphaBetty ni untuk upgrade vocab korang. Math Workout plak akan asah otak kau in basic calculation. Tambah tolak darab bahagi dan kuasa tu semua dia akan uji. Kalau rasa nak lagi awesome, join la online world challenge and math blaster challenge. Memang best! Aku tak tipu.

2. TAKE A DEEP BREATH
Haruslah kalau stress kena ambil masa untuk bertenang. Caranya senang je. Kau duduk macam orang bertapa tu, penjamkan mata lepas tu breathe in and breathe out. Sir Taekwondo aku ajar, sambil buat tu, tahan sekejap nafas dan selawat.


Kosongkan fikiran kau masa ni. Jangan fikir apa-apa. Jangan serabut. Bila kau tak serabut kau akan nampak apa sebenarnya yang sedang terjadi. Sebenarnya, benda yang jadi tu kecil je, tapi kau jadikan benda tu besar. Benda yang simple jadi complicated. Well, think like a man if you are a girl. Tapi ada je lelaki yang dia serabut walaupun benda tu kecil.

3. WATCH MOVIES
Ni memang selalu aku buat. Walaupun esok pagi tu ada exam (selalunya exam final aku kerap buat ni sebab tak suka stress sangat) aku akan tonton movie if aku rasa serabut. Haha. Pilih movie yang akan bagi kau COURAGE.

Contoh:

Cartoon:
Robots
How to Train Your Dragon 1 & 2 *bagi aku yang 2 is better*
Monster University

Movie:
The Expendables 1, 2 ,3
Matrix
3 Idiots


Banyak la lagi. Movie yang aku tengok ni akan buat aku tambah semangat. Lagi-lagi 3 Idiots. Seriously, it helps me a lot. 10 kali ulang tayang walaupun ingat tetap tak jemu sebab dia ada value bagi aku. So, korang pilih la movie yang bersesuaian. Kalau stress pilih la movie yang santai dan relax.

4. TIDUR
Tips ni memang paling mudah la. Kalau dah rasa penat sangat stress, baik la korang tidur. Rehatkan minda dan badan sebab mungkin korang tak cukup rest. So, pemikiran korang pun tak berapa nak betul. Lepas bangun tu, fikir balik, betul ke kau tak nak belajar lagi? Itu ke future yang korang nak?

5. MAKAN CHOCOLATE
Coklat ni bagus in reducing stress. Dia akan buat kau enjoy the moment bila kau kunyah slow-slow coklat tu. Perghh..puasa ni buat aku mengidam coklat pula. Gulpp. *telan air liur* Kalau give up belajar, makan coklat dulu. Bak kata KITKAT, "rehat sebentar bersama Kitkat"lepas tu sambung la study untuk masa depan yang lebih cerah, insyaAllah.

Setakat ni jela yang aku ada idea nak taip. Bagi aku semangat ni boleh hadir dengan macam-macam cara depends kat korang la. Lain orang lain cara. If korang tak tahu nak buat macam mana, meh la try cara aku. It's fun to try something new sebenarnya. Paling tak boleh blah, kalau aku rasa dah memang tak boleh nak cheer up, aku akan ambil masa untuk workout keluarkan peluh. Kadang-kadang otak kita tak cergas sebab badan kita ni lemah. Hope for the best la untuk korang.

Belajar elok-elok ye semoga kehidupan masa hadapan lebih terjamin. Moga korang pun tergolong dalam golongan yang bijak dan dalam masa yang sama indah tatasusila. Sebab kita lah yang akan menentukan siapa diri kita dan keturunan kita.

Cheer up guys!





All the best and Good Luck!

Thursday, July 02, 2015

Tips :: Hilangkan parut di badan dengan Fair & Lovely

Assalamualaikum

Hye there!! Huh..penat rupanya bekerja ni (walaupun hanya trainee penatnya boleh tahan juga) sebab kerja kita dalam kilang. So, how's your life today? Ok. Malam ni tetiba plak aku rajin nak update blog. So, here we go!

HILANGKAN PARUT DI BADAN??
PENAT TENGOK PARUT JERAWAT KAT BADAN??

Ok. Ni testimoni aku la. Al kisahnya sebab sekarang ni musim macam panas sikit, dan aku tak boleh berpeluh sangat (peluh disebabkan oleh panas bukan aktiviti yang mendatangkan peluh) sebab kulit memang sensitif. So, satu hari ni, aku perasan ada parut kat badan aku. Rasanya sebab peluh teruk, jadi ruam. Macam baby gitu kau! Terperasan sebab tetiba rajin belek kulit. Haha. Aku mula risau dan panik! Ewaaah! Nipu je sampai panik tu. Aku cool je. Dalam masa yang sama aku pun fikir, macam mana nak hilangkan parut ni. Aku tengok sekeliling dan haaaa!! Aku terpandang Fair & Lovely adik aku. Haha. Kejam sikit aku ni kalau dengan adik-adik.

Ihsan Google


Lalu, bermulalah my journey dengan Fair & Lovely. Sebenarnya aku pernah try F&L ni kat muka, tapi tak serasi sebab kulit jadi pedih. Kulit muka pun sensitif. Last sekali muka pun aku cuci guna baking powder je. Hurm..sambung balik. First day guna, lepas mandi aku sapu F&L ni kat area parut, sampai dia meresap. Lepas tu mulakan hari anda dengan rutin biasa. Balik kerja aku tengok, sama je. *baru pakai sekali dah terus nampak result memang nipu la kan?* Tak ada perubahan pun. Ok tak pe. Sabar. *aku memang bukan jenis yang konsisten orangnya. pakai kejap lepas tu tak ada disiplin*

Second day, sama juga lah. Siap-siap nak pergi kerja, aku sapukan kat parut. Hari kedua ni aku tengok macam ada kulit mengelupas ikut bentuk parut. Aku pun pelik tapi buat tak tahu la. Bersalin kulit la kot gamaknya. Macam ular bersalin kulit plak aku ni. Heh. Petang lepas mandi, buat lagi. Kira dua kali sehari la aku pakai krim F&L ni.

Hari ke tiga bila nak sapu, aku tengok, "eh eh... dah pudar laaa". Im so happy tau!! Parut tu dah jadi kemerahan yang nak ke warna kulit *harap faham la maksud aku* hehe. So, betul lah apa yang di'propaganda'kan oleh F&L. Mengilangkan parut dan mencerahkan kulit. Cuma untuk aku, kat muka dia tak mampu bertindak sebab kulit ku sensitif. Haha.

Makanya, untuk korang yang ada masalah parut kat badan, boleh la try. Tapi kalau tak hilang parut tu, janga salahkan aku, Sebab kesan setiap individu berlainan. Dah nama pun orang nya lain lain, kesannya pun mestilah lain. Heh.

Untuk yang muka jenis tak sensitif, maybe boleh gunakan F&L untuk atasi masalah parut jerawat dan mencerahkan kulit. Selamat mencuba!


Ihsan Google







All the best and Good Luck!

Bank