Pages

Thursday, July 02, 2015

Tips :: Hilangkan parut di badan dengan Fair & Lovely

Assalamualaikum

Hye there!! Huh..penat rupanya bekerja ni (walaupun hanya trainee penatnya boleh tahan juga) sebab kerja kita dalam kilang. So, how's your life today? Ok. Malam ni tetiba plak aku rajin nak update blog. So, here we go!

HILANGKAN PARUT DI BADAN??
PENAT TENGOK PARUT JERAWAT KAT BADAN??

Ok. Ni testimoni aku la. Al kisahnya sebab sekarang ni musim macam panas sikit, dan aku tak boleh berpeluh sangat (peluh disebabkan oleh panas bukan aktiviti yang mendatangkan peluh) sebab kulit memang sensitif. So, satu hari ni, aku perasan ada parut kat badan aku. Rasanya sebab peluh teruk, jadi ruam. Macam baby gitu kau! Terperasan sebab tetiba rajin belek kulit. Haha. Aku mula risau dan panik! Ewaaah! Nipu je sampai panik tu. Aku cool je. Dalam masa yang sama aku pun fikir, macam mana nak hilangkan parut ni. Aku tengok sekeliling dan haaaa!! Aku terpandang Fair & Lovely adik aku. Haha. Kejam sikit aku ni kalau dengan adik-adik.

Ihsan Google


Lalu, bermulalah my journey dengan Fair & Lovely. Sebenarnya aku pernah try F&L ni kat muka, tapi tak serasi sebab kulit jadi pedih. Kulit muka pun sensitif. Last sekali muka pun aku cuci guna baking powder je. Hurm..sambung balik. First day guna, lepas mandi aku sapu F&L ni kat area parut, sampai dia meresap. Lepas tu mulakan hari anda dengan rutin biasa. Balik kerja aku tengok, sama je. *baru pakai sekali dah terus nampak result memang nipu la kan?* Tak ada perubahan pun. Ok tak pe. Sabar. *aku memang bukan jenis yang konsisten orangnya. pakai kejap lepas tu tak ada disiplin*

Second day, sama juga lah. Siap-siap nak pergi kerja, aku sapukan kat parut. Hari kedua ni aku tengok macam ada kulit mengelupas ikut bentuk parut. Aku pun pelik tapi buat tak tahu la. Bersalin kulit la kot gamaknya. Macam ular bersalin kulit plak aku ni. Heh. Petang lepas mandi, buat lagi. Kira dua kali sehari la aku pakai krim F&L ni.

Hari ke tiga bila nak sapu, aku tengok, "eh eh... dah pudar laaa". Im so happy tau!! Parut tu dah jadi kemerahan yang nak ke warna kulit *harap faham la maksud aku* hehe. So, betul lah apa yang di'propaganda'kan oleh F&L. Mengilangkan parut dan mencerahkan kulit. Cuma untuk aku, kat muka dia tak mampu bertindak sebab kulit ku sensitif. Haha.

Makanya, untuk korang yang ada masalah parut kat badan, boleh la try. Tapi kalau tak hilang parut tu, janga salahkan aku, Sebab kesan setiap individu berlainan. Dah nama pun orang nya lain lain, kesannya pun mestilah lain. Heh.

Untuk yang muka jenis tak sensitif, maybe boleh gunakan F&L untuk atasi masalah parut jerawat dan mencerahkan kulit. Selamat mencuba!


Ihsan Google







All the best and Good Luck!

No comments:

Post a Comment

Come and visit me again =)
..Arigato gozaimashita..

Bank