Pages

Sunday, February 14, 2016

MakeupReview :: Farmasi Color Cosmetics

Assalamualaikum

Morning guys!! Few months menyepi tanpa update la ni baru nak timbui.. =) So, how's your day? Apa plan weekend korang? Bersantai di hujung minggu dengan family or hang out with buddies? Anyway, apa pun korang buat hari ni, moga bermanfaat untuk korang eh. 

All right, back to title stated on header up here, I wanna share with you all about Farmasi Color Cosmetics or also known as FCC. Do you ever heard about this FCC brand? Kalau tak pernah, you can google it. Basically, this brand is imported from Turkey and orang ramai promote this brand sebab katanya, halal. Gituww. Tak mengandungi bahan merbahaya dan sesuai untuk muslimah masa kini. Why? Yela. Sebab bila korang cuci muka, makeup tu akan jatuh sekali dengan air cucian tu so, senang la nak wuduk. However, for more suci, korang boleh lap dulu muka dengan makeup remover. Lebih selamat kan? 

Actually, this is my first time I use FCC brand untuk makeup. Since FCC ada buat wholesale baru-baru ni kat USJ, I grabbed the opportunity untuk shopping barang makeup yang memang nak guna untuk makeup job. Before nak memborong barang tu, I did search for people's comments and reviews to see, worth or not aku nak beli benda ni. Mujur ada geng yang memang nak join beli FCC. So, ke USJ la kita. 

Bila masuk je tempat tu, terus rasa macam, ok, I need this.. this.. also this.. walhal dah buat list nak beli apa so that budget tak lari. Tapi aku? Nonhado la nak follow sangat. =( Tup tup bila bayar kat cashier, "Kak, boleh guna card tak?" sambil buat muka sedih. Mujur card is accepted untuk digunakan. Makanya, hasil buruan kami macam gambar yang bawah ni. Menangis mak nokss tengok balik bil ngan barang nih. Mujur ada pamoga memang barang ni semua nak guna, so bertabah la sikit hati ni. hehe.




Since purchased over RM150, dapat lah bag FCC and tudung instant Sugarscarf. Member siap minta nak tukar voucher Zalora ngan tudung nih *dia dah shopping hari first, tapi dapat planner and voucher zalora*. Haha. Balik je dari shopping, terus minta muka member untuk diconteng. Try test error makeup FCC. Hasilnya? Well, not bad la. Just a bit nampak heavy walaupun sebenarnya tak. *texture nampak macam pakai bedak berinci tebal, tapi sebenarnya tak pun*


Dengan FCC ni gak la aku makeupkan bff aku masa nikah. She requested yang simple. Dengan pengapit pun aku makeupkan. Last-last, aku muka kosong je noks. Tak sempat mak nak dandan macam gegirl lain yang mak makeupkan. hehe..tapi tak apa. Aku tak kisah pun. Yang penting orang suka makeup aku. Gambar bawah snap dengan iPhong so gambar tu pepaham la effect dia punya cerah. 

Not only used FCC tapi campur products lain juga..

Based on apa yang aku perhati dan guna, CC cream dia not bad la untuk menutup cela-cela ringan macam parut jerawat halus dan cream dia tak la heavy sangat. Just nice. Compact powder pun best. Eyeliner and mascara pun aku suka! Overall rating, I bagi tiga bintang dari lima. If ada masa lagi, aku akan update untuk close up makeup pengapit and friends. 



Thanks for reading! Will see ya again!


All the best and Good Luck!

Friday, July 03, 2015

Semangat di Dunia Belajar

Assalamualaikum

Haii korang! Hari ni cuti Nuzul Quran and yeahh!! Me is cuti too! Happy holiday untuk korang juga! :)

So, today I just wanna share my experience yang tak seberapa ni la. Mungkin lebih kepada adik-adik kat luar sana yang mungkin stress belajar, rasa give up nak study, nak kerja terus and so on. Well, don't you ever think of nak berhenti belajar sebab rasa tak boleh nak bawa or whatsoever reasons yang you all rasa bersesuaian la.

Study ni sebenarnya adalah salah satu pencapaian korang dalam hidup. Yup. Tak semua orang tu pandai tapi semua orang diberi kelebihan iaitu otak untuk korang fikir dengan lebih baik. Membezakan yang baik dan buruk. If yang nak berhenti belajar sebab desakan hidup, mungkin tidak berkemampuan untuk membayar yuran pengajian, maybe korang boleh consider untuk buat kerja part time BUT mestilah tahu bahagikan masa. Kalau sangat-sangat buntu, jumpalah dengan lecturer korang yang korang rasa dia boleh tolong dapatkan fund untuk teruskan study. Kalau memang tak ada jalan sangat, simpanlah niat untuk sambung belajar bila dah kerja nanti.

Learning process ni sebenarnya best tau! Korang dapat ilmu baru dan bermanfaat bila mana korang apply ilmu tu dalam kehidupan harian korang. Tapi adatlah, buat apa-apa perkara memang akan menguji kesabaran. Iman ni kan turun naik untuk manusia. Sama juga macam semangat. Akan ada waktu turun naik semangat ni. The thing is kita la yang perlu tahu macam mana nak dapatkan balik semangat bila kita hampir tergelincir daripada landasan sepatutnya.

So, meh akak eh aku share ngan korang, macam mana nak dapatkan balik semangat belajar bila dah rasa loss gila. Rasa macam dah GIVE UP sangat.

This is from my experience la.

TIPS NAIKKAN SEMANGAT

1. MAIN GAME
Haaa...ni memang first tip aku la. Sebab aku memang gila main game. Kadang-kadang boleh hilang sehari dalam hidup tanpa sedar sebab main game je. Tapi berpada la. Jangan sampai benda basic pun tinggal.

Game macam mana yang korang perlu main? If aku, lebih suka game yang the type is more to STRATEGY and THINKING. Yup. Kalau mana tak minat, akan menambahkan stress.

Apa kelebihan game type yang aku minat ni?

STRATEGY: Dah nama pun strategi, confirm la kena bijak susun steps. Bila main, aku akan reflect balik dalam kehidupan aku. Kenapa aku jadi lemah? Hilang semangat? Sebabnya hidup aku kurang strategi. Eh, kau ingat hidup ni tak perlu strategi ke? Hidup pun kena ada planning. Haa..tu la strategi. Kena rancang hidup kau. Apa kau nak buat? Apa kau nak capai dalam hidup ni? So, sambil main tu, kau plan la hidup kau slow-slow. Lepas habis main tu, kau ambil kertas dan listkan perancangan hidup kau. Gantung kat tempat yang kau selalu boleh tengok. Semoga kau akan sentiasa bersemangat dalam mengejar cecita kau tu.

Contoh strategy game : World of Warcraft, Red Alert,  Down of War, The Sims dan banyak lagi



Kalau game yang makan RAM ni memang tak boleh main kat handphone la for sure. If korang nak main game yang type macam ni kat handphone or tablet, aku boleh suggest game Clash of Clans (COC), Chess, The Sims, Candy Crush (CC), Boom Beach dan so on yang bersesuaian la. Mungkin pada korang COC ngan CC tu macam tak nampak sangat startegi nya kan? Haa.. itu sebenarnya ikut macam mana korang berfikir. COC tu strategi dia macam mana kau nak build empire kau dan macam mana nak hasilkan troops untuk war. Mungkin la bila war kau tak boleh arah troop tu serang apa macam kau main Warcraft tapi at least kau boleh rancang kat mana nak letak troops tu untuk start serang, apa yang kau aim dan macam macam lagi.

CC plak mesti kau fikir ni game untuk bebudak je kan? Silap! Sebenarnya ni pun ada strategi sebab tu dia bagi kau move tak banyak dan kekadang rasa macam tak cukup je move tu. Sebenarnya, tu lah yang kau kena rancang. Tapi benda ni pun ikut luck juga. Sebab dia punya arrangement is random tapi berulang. Ni yang aku boleh detect dia punya pattern sebab aku main CC lebih setahun dengan CC Soda. Kalau kau memang enjoy main benda ni, kau akan tahu atau boleh predict candy apa yang akan keluar or jatuh lepas tu. Kalau game ni buat kau stress, tinggalkan. Pilih game yang kau rasa relax.

THINKING: Yang ni bagi aku lebih kepada Math game or Scrabble. So, jenis ni aku main Math Work Out and AlphaBetty
















Game ni sebenarnya memang akan pecahkan lagi otak kau. Macam aku, aku senang belajar under pressure. Sebab tu game yang aku pilih memang buat sakit kepala je. Hehe. Tapi sebenarnya ni untuk improve knowledge kau gak. Macam AlphaBetty ni untuk upgrade vocab korang. Math Workout plak akan asah otak kau in basic calculation. Tambah tolak darab bahagi dan kuasa tu semua dia akan uji. Kalau rasa nak lagi awesome, join la online world challenge and math blaster challenge. Memang best! Aku tak tipu.

2. TAKE A DEEP BREATH
Haruslah kalau stress kena ambil masa untuk bertenang. Caranya senang je. Kau duduk macam orang bertapa tu, penjamkan mata lepas tu breathe in and breathe out. Sir Taekwondo aku ajar, sambil buat tu, tahan sekejap nafas dan selawat.


Kosongkan fikiran kau masa ni. Jangan fikir apa-apa. Jangan serabut. Bila kau tak serabut kau akan nampak apa sebenarnya yang sedang terjadi. Sebenarnya, benda yang jadi tu kecil je, tapi kau jadikan benda tu besar. Benda yang simple jadi complicated. Well, think like a man if you are a girl. Tapi ada je lelaki yang dia serabut walaupun benda tu kecil.

3. WATCH MOVIES
Ni memang selalu aku buat. Walaupun esok pagi tu ada exam (selalunya exam final aku kerap buat ni sebab tak suka stress sangat) aku akan tonton movie if aku rasa serabut. Haha. Pilih movie yang akan bagi kau COURAGE.

Contoh:

Cartoon:
Robots
How to Train Your Dragon 1 & 2 *bagi aku yang 2 is better*
Monster University

Movie:
The Expendables 1, 2 ,3
Matrix
3 Idiots


Banyak la lagi. Movie yang aku tengok ni akan buat aku tambah semangat. Lagi-lagi 3 Idiots. Seriously, it helps me a lot. 10 kali ulang tayang walaupun ingat tetap tak jemu sebab dia ada value bagi aku. So, korang pilih la movie yang bersesuaian. Kalau stress pilih la movie yang santai dan relax.

4. TIDUR
Tips ni memang paling mudah la. Kalau dah rasa penat sangat stress, baik la korang tidur. Rehatkan minda dan badan sebab mungkin korang tak cukup rest. So, pemikiran korang pun tak berapa nak betul. Lepas bangun tu, fikir balik, betul ke kau tak nak belajar lagi? Itu ke future yang korang nak?

5. MAKAN CHOCOLATE
Coklat ni bagus in reducing stress. Dia akan buat kau enjoy the moment bila kau kunyah slow-slow coklat tu. Perghh..puasa ni buat aku mengidam coklat pula. Gulpp. *telan air liur* Kalau give up belajar, makan coklat dulu. Bak kata KITKAT, "rehat sebentar bersama Kitkat"lepas tu sambung la study untuk masa depan yang lebih cerah, insyaAllah.

Setakat ni jela yang aku ada idea nak taip. Bagi aku semangat ni boleh hadir dengan macam-macam cara depends kat korang la. Lain orang lain cara. If korang tak tahu nak buat macam mana, meh la try cara aku. It's fun to try something new sebenarnya. Paling tak boleh blah, kalau aku rasa dah memang tak boleh nak cheer up, aku akan ambil masa untuk workout keluarkan peluh. Kadang-kadang otak kita tak cergas sebab badan kita ni lemah. Hope for the best la untuk korang.

Belajar elok-elok ye semoga kehidupan masa hadapan lebih terjamin. Moga korang pun tergolong dalam golongan yang bijak dan dalam masa yang sama indah tatasusila. Sebab kita lah yang akan menentukan siapa diri kita dan keturunan kita.

Cheer up guys!





All the best and Good Luck!

Thursday, July 02, 2015

Tips :: Hilangkan parut di badan dengan Fair & Lovely

Assalamualaikum

Hye there!! Huh..penat rupanya bekerja ni (walaupun hanya trainee penatnya boleh tahan juga) sebab kerja kita dalam kilang. So, how's your life today? Ok. Malam ni tetiba plak aku rajin nak update blog. So, here we go!

HILANGKAN PARUT DI BADAN??
PENAT TENGOK PARUT JERAWAT KAT BADAN??

Ok. Ni testimoni aku la. Al kisahnya sebab sekarang ni musim macam panas sikit, dan aku tak boleh berpeluh sangat (peluh disebabkan oleh panas bukan aktiviti yang mendatangkan peluh) sebab kulit memang sensitif. So, satu hari ni, aku perasan ada parut kat badan aku. Rasanya sebab peluh teruk, jadi ruam. Macam baby gitu kau! Terperasan sebab tetiba rajin belek kulit. Haha. Aku mula risau dan panik! Ewaaah! Nipu je sampai panik tu. Aku cool je. Dalam masa yang sama aku pun fikir, macam mana nak hilangkan parut ni. Aku tengok sekeliling dan haaaa!! Aku terpandang Fair & Lovely adik aku. Haha. Kejam sikit aku ni kalau dengan adik-adik.

Ihsan Google


Lalu, bermulalah my journey dengan Fair & Lovely. Sebenarnya aku pernah try F&L ni kat muka, tapi tak serasi sebab kulit jadi pedih. Kulit muka pun sensitif. Last sekali muka pun aku cuci guna baking powder je. Hurm..sambung balik. First day guna, lepas mandi aku sapu F&L ni kat area parut, sampai dia meresap. Lepas tu mulakan hari anda dengan rutin biasa. Balik kerja aku tengok, sama je. *baru pakai sekali dah terus nampak result memang nipu la kan?* Tak ada perubahan pun. Ok tak pe. Sabar. *aku memang bukan jenis yang konsisten orangnya. pakai kejap lepas tu tak ada disiplin*

Second day, sama juga lah. Siap-siap nak pergi kerja, aku sapukan kat parut. Hari kedua ni aku tengok macam ada kulit mengelupas ikut bentuk parut. Aku pun pelik tapi buat tak tahu la. Bersalin kulit la kot gamaknya. Macam ular bersalin kulit plak aku ni. Heh. Petang lepas mandi, buat lagi. Kira dua kali sehari la aku pakai krim F&L ni.

Hari ke tiga bila nak sapu, aku tengok, "eh eh... dah pudar laaa". Im so happy tau!! Parut tu dah jadi kemerahan yang nak ke warna kulit *harap faham la maksud aku* hehe. So, betul lah apa yang di'propaganda'kan oleh F&L. Mengilangkan parut dan mencerahkan kulit. Cuma untuk aku, kat muka dia tak mampu bertindak sebab kulit ku sensitif. Haha.

Makanya, untuk korang yang ada masalah parut kat badan, boleh la try. Tapi kalau tak hilang parut tu, janga salahkan aku, Sebab kesan setiap individu berlainan. Dah nama pun orang nya lain lain, kesannya pun mestilah lain. Heh.

Untuk yang muka jenis tak sensitif, maybe boleh gunakan F&L untuk atasi masalah parut jerawat dan mencerahkan kulit. Selamat mencuba!


Ihsan Google







All the best and Good Luck!

Tuesday, June 02, 2015

Wanita & Kereta

Assalamualaikum

Hai olls!! Hari ni aku nak share pasal tajuk di atas. Wanita & Kereta. Well, benda ni common sangat orang bualkan. Sebab apa? Sebabnya... Let's check it out! Walaupun tak semua perempuan macam ni ye. ;)




1. Tahu pakai tapi tak tahu jaga

Pergh! Menusuk sangat dalam hati. Tahu pakai tapi tak tahu jaga. Macam mana tu ye? Ok. Ni aku cerita from my perspective. Most of my friends, drive kereta, have their own car, tapi bila part service, tak reti. Tak paham. Walhal dah tampal dah kat cermin belah atas tu, sekian sekian meter, sila servis. Tapi dia boleh buat tak tahu je. Sampai satu tahap, kereta rosak. Waktu tu gelabah. Bila parents marah, cakap tak tahu. Yes. You don't know at first, but once you have the car, please be alert with everything yang ada kat kereta tu. Tukar minyak hitam ni sangat penting buat kereta. If not, your car might be in trouble. Please erase dalam otak, phrase "kerja jaga kereta tu kerja lelaki" since kau pun guna kereta, so you should know about it. At least bab yang basic macam isi minyak, tukar minyak hitam, isi air battery, check minyak hitam, cuci kereta, pam angin tayar dan tukar tayar.

Tips :  Pam angin tayar

  • Setiap kereta menggunakan tayar yang berlainan, so korang boleh check dulu kat pintu belah kanan (driver) tu berapa isipadu angin yang diperlukan. 
  • Ada dua sukatan angin, sama ada menggunakan kPa (kilo pascal) atau lbf/(in)^2



Tips : Check minyak hitam

  • Pastikan engine kereta sejuk. Senang cerita, check dulu sebelum korang start engine. 
  • Buka bonet depan tu, cari macam dalam gambar bawah ni (benda kuning tu). Ambil kain, lap dulu minyak tu, lepas tu masukkan balik dan keluarkan. Tengok minyak tu kat aras mana. If kurang dari sepatutnya, boleh tambah. Kalau ok, teruskan check benda lain. 



2. Berhias kereta ala kadar

Bab ni bukan perempuan saja terlibat, lelaki pun ada yang tergolong dalam ni. Ada sesetengah orang ni terlalu obses sengat sesuatu. Contohnya Hello Kitty. Bila obses ngan Hello Kitty, habis kereta pun dari Myvi jadi Hello Kitty. Serious talk, memang ada. Dari interior sampai exterior dia ubah jadi Hello Kitty. Berhias tu boleh, abang akak, tapi berpada-padalah. Janganlah sampai sticker penuh belakang kereta terutamanya kat cermin tu (walaupun kau pasang rear camera dan tak memerlukan cermin). Ada masa kau tetap nak kena tengok belakang. Senang kata, berhias tu jangan sampai mendedahkan anda kepada bahaya. 

3. Jadilah penjaga kereta bukan sekadar pengguna kereta

Penjaga di sini bermaksud, ambil tahu serba sedikit tentang kereta anda. Tak perlu details sangat tapi kalau kau boleh tahu sampai details sampai part nak tukar timing belt pun tahu, silakan. Mesti suami or ayah korang tak pening kepala sangat dah kalau nak tolong handle kereta korang. Nasihat aku, ambil tahu. Jagalah kereta anda. Contoh, kalau rasa lama kereta tu tak mandi, mandikanlah. Kalau malas sangat cuci sendiri, hantarlah kedai. Dalam tu, kemaskanlah. Jangan kasut bersepah sana sini. Kalau nak sangat simpan kasut banyak-banyak, masukkan kat storage belakang. So, janganlah korang sekadar jadi pengguna, bila rosak, tahu plak la nak marah, maki hamun kereta tu. Walhal yang gunanya kau. Kan? So kalau tak reti jaga, lepas tu nak sakit hati, maki diri sendiri dulu. Haha. 

4. Tahu tahap kesihatan kereta

Dalam pada kita menggunakan kereta, kena juga tahu tahap keupayaan kereta korang. Contohnya, kereta korang pernah rosak (engine overhaul) so lepas repair tu, jangan lah kau g bantai pecut 180kmph. Mau masuk bengkel balik. Try bawa and sambil tu check temperature kereta. Jangan sampai lebih half. Means antara cold and hot tu, kalau boleh jangan bagi pointer tu kat tengah-tengah. Selalunya korang kena bawa dengan speed yang average untuk elak engine jadi terlalu panas. 


Ok la. Sampai sini je idea ku keluar.


*Walaupun model kereta selalunya perempuan, bukan bermakna perempuan tu tahu segalanya. :) Take care and love your belonging.
** Korang rasa dalam mana penjagaan kereta korang? 






All the best and Good Luck!

Friday, May 29, 2015

Deco :: Plan Rumah

Assalamualaikum

Hello there! Haa..entri kali ni import daripada blog lama. Well, my old blog dah closed for public. Why? Sebab bila aku tengok balik entri semua agak macam merapu jugak la walaupun the rating is boleh tahan masyuk dan ramai followers. Hehe. Ok. Abaikan. So, here today aku nak share pasal rumah my aunt. This house is built in year 2010 or 2011, I've forgotten the year. Sorry.

Basically, the house plan macam kat gambar bawah ni. Haa..ni aku buat guna paint je. Hehe. Hajat nak belajar bidang arkitek tak tercapai, so kita buat mana yang mampu jela.

Secara sejarahnya, rumah ni dibina atas tanah yang dimiliki oleh my aunt, Nor Zannah Sallim and tukang urus plan, bahan, perabot dan deco is done by my uncle, Mohd Sham Sallim.

Plan

This is the first attraction for me. Sebab aku suka tengok pintu tu tapi malangnya bertahun dulu aku tak terfikir nak ambil gambar pintu tu. Also the corak yang ada kat pagar tu. Hehe.


Kawasan luar rumah. At this moment belum ada lagi tembok pemisah dan gate utama. Kalau rajin nanti aku update ye. 


This is the main hall. Ni macam ada dua wing tau. Ni sebelah kiri.


Yang ni plak sebelah kanan. Kalau korang perasan plan rumah ni, dia macam bentuk T tau. Kira garis palang T yang atas tu, hall rumah. Batang T plak susur ke bilik. Korang faham ke apa aku maksudkan ni? Hehe. Hope faham la ye.



Ok. Ni dekat hujung susur ke dapur. Ruangan untuk duduk buat kerja. As my aunt is a teacher. So, kat sini lah tempat dia buat report, tanda kertas dan lain-lain. 


Yeah. Kalau korang boleh imagine apa yang aku aksudkan dengan batang T tadi, ni la bendanya. Untuk ke bilik.




Ok. This is the master bedroom. My aunt bedroom tapi aku selalu duduk kat sini kalau datang. Dulu la. Sekarang kalau datang, I'll stay in her friend's room. Urm..my aunt bujang lagi and she stayed with her friend, Cik Bie. 


This is me few years back! Haha. Now, I'm not that slim!



Ok. Yang bawah ni plak, bilik tidur tetamu. Bilik ni dekat dapur.


This is where the chef be creative! Kitchen area!




Ok. This entry is autopublish as I have exam right now. :D






All the best and Good Luck!

Thursday, May 28, 2015

Student Life

Assalamualaikum

It's been so long tak update blog. Rasa jealous dengan orang yang bijak manage time dorang untuk blogging. Aku plak, once sibuk dengan benda lain, semua benda tak jalan. Kononnya focus on one thing, but the end, it seems wasting my time. Oh by the way, aku dah nak habis semester. Esok last paper in this semester. Doakan aku moga tenang menjawab exam. :D

Alright. Hari ni just nak share pasal student life. Orang cakap zaman ni lah zaman paling best! Zaman belajar dan berkawan ni zaman paling indah yang pernah wujud dalam hidup. Betul ke? Haa..apa kata korang? Best ke tak zaman belajar korang? Apa? Hambar? Serius la hambar??? Eh..no worry la kalau hambar pun. Mesti ada terselit yang happy jugak kan?

Well, pada aku, ya. Student life sangat membantu dalam membentuk jati diri dan siapa aku sekarang. Alhamdulillah. Semuanya indah. Ada juga yang pahit, tapi buat apa nak kenangkan pahit sedangkan ada bahagia, kan?



How to enjoy student life?

Senang je bagi aku nak enjoy zaman ni. Pada aku, buat apa yang korang suka. Aktifkan diri dalam mana-mana persatuan atau aktiviti. Banyak manfaat yang korang boleh dapat.

Contoh manfaat tu:

  • Tambah kawan (the bigger your friend circle, the more happier you are)
  • Improve your self esteem
  • Gain experience 
  • Tambah sijil/medal/harta (yg ni depends activity la. Jangan la kau masuk pertandingan ratu kebaya, tapi harap dapat medal larian paling laju ke..)

Hidup lebih ceria dikelilingi kawan-kawan yang awesome *kalau tak awesome bukan salah aku ye* Tapiiii!! Haa..ada TAPI okey! Tapi berbatas la. Janganlah kau dah tau esok lusa nak exam, kau berjimba tak ingat dunia. Terus lupa jalan nak balik study. Hehe. Aku buat juga benda ni sebenarnya sebabnya stress exam seminggu, dalam masa 5 hari, habis 5 papers. Kau rasa?? Haha. But it's ok with me. I used to be in that situation. Every semester. So, that's why people said engineering courses are so tough. Maybe.

How to manage the time?

Haa..bab ni aku fail. So, pada pendapat aku la, if korang nak rasa time tu senang nak diuruskan, you should have timetable. State kat situ kau nak buat apa pukul sekian sekian. Aku pernah buat and follow, dalam seminggu lebih gitu. Yes. It worked well. Tapi tu pun sebab kejar project due, haha.. habis je project, terus gelap dunia. Best sebenarnya kalau time manangement korang bagus. Banyak benda boleh buat. Kalau tanya aku, aku tak tau macam mana aku uruskan masa. Banyaknya terbuang dekat hobi, I guess,. Sebabnya kalau ada masa, aku menjahit la, makeupkan orang la, mendandan orang, macam-macam. Hari Sabtu aku memang tak pernah free kalau ada latihan SUKSIS. Serius penat. Oh. By the way, sekarang aku dah habis SUKSIS and tunggu waktu nak tauliah! Waktu rehat aku plak hari Ahad dan waktu gap yang tak ada kelas. Tu la waktu free aku untuk belajar and beraktiviti.

Always going back home?

Ok. Part ni, aku sangat jarang balik walaupun rumah dekat, Family aku selalu bising sebab jarang balik. Yela. Macam mana nak balik kalau kau hari-hari tak cukup masa nak bernafas. Ewah! Over gila ayat ni. Maksud aku, aku jenis kalau buat something, mesti nak rehat. So kalau dah hari Sabtu start 6.45pagi sampai 5 petang kat padang kawad, lepas habis, balik tidur. Tinggal hari Ahad je. Tu je waktu aku ada untuk buat kerja lain. Macam assignment ke, study untuk quizzes ke.. Isnin sampai Jumaat plak kelas. Haa..so macam mana nak balik? However, kalau aku dah rindu sangat, aku ponteng je kelas balik sehari. Hehe. Ada orang berpendapat, if kau tak ada apa-apa urgent kat rumah, better stay je kat hostel but if you have something to do with your family, you should come back home. Aku jenis pentingkan family juga sebenarnya. Ada waktu yang ayah aku masuk ICU, aku terus pecut balik. Tapi kalau tak ada apa yang urgent, aku just keep in touch with them through whatsapp. Sekarangkan segalanya di hujung jari. But still, it's up to you la nak balik ke tak. Janji kau balik tak pakai duit aku, cukup la.

Apa lagi eh? Haa..habis dah idea. So, till then!







All the best and Good Luck!

Thursday, January 08, 2015

MAKEUP : LIGHT AND EASY

Assalamualaikum

Hello peeps! So, malam ni dapat lagi satu job. Heh.. member nak g date, saja nak try my touch for her face. Then, terhasil lah... Tadaaa...


No filter tau. Ni hasil dari camera phone dia. :D

Alhamdulillah. Rezeki. Hehe.. So, rasa-rasa nak try test error, makeup yang nampak agak heavy, but ringan di kulit muka, meh roger kita. *Gombak area*

Nak tengok hasil makeup yg lain? Kalau ada intagram boleh find, #makeupbytim_sn

Arigatooo... :D







All the best and Good Luck!

Wednesday, January 07, 2015

MAKEUP : PERSONAL CLASS 3rd JANUARY 2015

Assalamualaikum


Sesampai di rumah customer, terus kita bersalaman dan bercium pipi. Heh.. aku dah terikut cara Kak Mia (kenal masa buka booth semester lepas). Walaupun tak pernah kenal, Kak Mia hari-hari lepas salam akan peluk cium. Katanya nak bagi mesra gitu and yes! It's true! So, aku pun buat la kat customer, Ily. Mungkin la kot dia akan rasa pelik tapi for me, I don't care! Haha.

Lepas masuk rumah dia, kita pun duduk kejap. Dia baru balik dari opis. Mohon nak solat kejap. So, kita let her takes her time. Nak belajar, tak boleh rushing. Nanti tak best. Sementara menunggu, kita pun kemas la barang-barang..yang nak guna.

Ok. Majlis dibuka dengan alfatihah. Aku dalam hati rasa "Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya. Amin", pastu  kita pun start la. Kita tunjuk, apa yg perlu dibuat sebelum makeup. Nak pakai apa sebelum makeup. Pemilihan foundation macam mana. Sesuai or tak dengan kulit and so on.

Selepas berperang dengan barang makeup.. terjadilah hasil di bawah..


Natural makeup by Ily sendiri. 
Aku tolong yg mana perlu sambil makeup muka model

Kiri : makeup done by me
Kanan : By Ily
Walaupun first time makeup sendiri, hasil tangan Ily tetap cantik kan?
Ni gambar selfie Ily sendiri. Hehe

Before and after makeup
*cahaya agak bright, so warna makeup tak berapa nampak dalam gambar.

 Komen : Kulit Ily bersih, senang untuk makeup. Masalah kulit, hanya tone kulit tak sekata and eyebag but no worry! Makeup kan hadooo..

Modelnya pulak mana? Haaaaa...

Case of brightness.
So, ni je mampu nak tunjuk. 
Kitorang sampai selak-selak langsir semata nak cari pencahayaan yg baik tau. 
Hahaha.. 


Gambar bawah ni gambar lepas kitorang dah sampai bilik. Few hours after makeup. If not mistaken siap makeup kan Kak Fatim ni before kul 6 gitu, so bawah ni selepas minyak muka sebati dengan makeup. Nampak glow kauu! Haha. Balik-balik, tukar tudung, pastu selfie sorang-sorang.




After and before makeup :D


Alhamdulillah, settle kelas hari tu dekat kul 8 malam. Start jam 3 petang. Sampai kul 8 bukan makeup semata. Siap makan minum, solat asar and magrib. Haha..

Aku paling suka dengar komen orang yg di makeup kan.

Ily : Puas hati. Kalau tahu, Ily cari Tim masa nak kahwin dulu *err*

Kak Fatim : Rasa tak nak cuci makeup ni. Nak tidur sekali dengan makeup. *over tau Kak Fatim ni!*


So, aku pun rasa puas hati bila customer kita puas hati. :D Lepas tu tunggu cik abang ambik. Dalam kereta baru teringat, majlis tak tutup! Hehe. Den mintak dorang tolong tutup.

To Ily, thanks eh sebab bagi tim peluang untuk ajar. InsyaAllah, suggestion Ily untuk tim ambek servis untuk sanding, nikah tu, akan dipertimbangkan. I'm still a newbie. :) Tapi thanks! Semangat yg best untuk Tim.













All the best and Good Luck!

Bank